Home New Post Lantik ‘Bodyguard’ Untuk Jaga Mondy Tatoo, sekali Tindakan Caprice Raih Tumpuan Ramai

Lantik ‘Bodyguard’ Untuk Jaga Mondy Tatoo, sekali Tindakan Caprice Raih Tumpuan Ramai

0

Aktivis kemanusian Caprice memaklumkan keselamatan pempengaruh Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatto ketika ini berada di bawah jagaan pihaknya iaitu Munafik Hunter.

Ketika ditemui Media, Caprice berkata dia akan memberikan layanan yang sebaik mungkin kepada Mondy yang sudah dianggap sebagai tetamunya sepanjang berada di Malaysia.

caprice 1

Baca lagi: Selamba Tegur Tengku Ahmad Di Traffic Light Macam Member Lama. Mujur Tengku Sporting!

Baca lagi: Bagi Signal Motor Guna Kaki, Gelagat Penunggang Motosikal Ini Buat Ramai Terhibur

“Kalau Mondy balik ke Indonsia kes ini akan ditutup. Adakah saya seksa Mondy? Awak boleh temu bual Mondy selepas ini…” – Caprice

“Saya datang dari keluarga yang diplomatik, bapa saya dulu kerja di Wisma Putra. Saya perlu jaga tetamu. Kalau kalian datang ke tempat dia menginap di air b&b, pihak saya akan layan dia baik-baik. Dia nak makan apa, nak minum apa, akan usaha tunaikan…” – Katanya

Caprice berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Thor X yang berlangsung di JW Mariot Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

caprice 2

Dalam masa sama, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata dia juga telah melantik seorang pengawal keselamatan untuk memantau keadaan Mondy di penginapannya.

“Yang paling bahaya kalau dia balik, kes ini akan berjalan lebih sebulan, jadi dalam tempoh itu dia akan berada di bawah jagaan pihak saya. Untuk waktu ini dia berada dalam keadaan selamat 24 jam. Malam saya akan ada seorang bodyguard wanita akan tidur dengan dia…” – Katanya lagi

“Seratus peratus keselamatan Mondy di bahu pihak saya. Dia tetamu saya dan tanggungjawab dia pada saya. Malah saya juga dah berbincang dengan kedutaan Indonesia, kita tengok macam mana nanti….” – Tambahnya

Sementara itu, disoal mengenai harapan berhubung kes yang sedang kecoh melibatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew, Caprice menjawab keadilan akan berada pada pihak yang benar.

“Harapan untuk semua kes termasuk kes Mondy untuk sentiasa mendengar dari pihak mangsa sepenuh-penuhnya sebelum kecam mereka. Mangsa seksual, tak akan kita nak kecam dia secara melulu. Saya berharap orang Malaysia untuk beri peluang kepada semua mangsa agar dapat bela diri mereka. Insya-Allah kebenaran dan keadilan sentiasa berada di pihak mangsa…” – Caprice

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.