Home Artis Korea Han Hyo Joo: 6 Watak Paling Padu Yang Dilakonkannya

Han Hyo Joo: 6 Watak Paling Padu Yang Dilakonkannya

0

Han Hyo-joo adalah salah seorang pelakon wanita Korea Selatan yang mempunyai bakat lakonan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Filem ataupun drama siri Korea yang dibintangi oleh Han Hyo Joo juga selalu berjaya dipasaran dan ditonton oleh ramai orang.

Berbagai-bagai genre pernah dilakonkan oleh Han Hyo Joo dengan baik, tetapi genre aksi menjadi salah satu genre yang paling kerap dibawa olehnya. Lakonannya di dalam filem ataupun drama yang membawa genre aksi selalu berjaya membuat penonton terpukau.

Berikut adalah 6 watak paling menarik yang pernah dibawa oleh Han Hyo Joo:

 

1. Han Yoon Joo, detektif muda dalam filem Cold Eyes (2013)

c4ccf483 675d 4076 9639 315330ac1b67Han Hyo Joo membawa watak sebagai Han Yoon Joo dalam filem Cold Eyes (2013). Han Yoon Joo adalah seorang detektif muda yang melalui banyak ujian untuk menyertai pasukan polis khas. Dia lulus ujian dan ditempatkan sebagai anggota divisyen pengawasan. Divisyen tersebut dipimpin oleh seorang detektif bernama Hwang (Sol Kyung Gu).

 

2. Lee Yoon Hee, polis yang memerangi pengganas dalam filem Illang: The Wolf Brigade (2018)

930fcefb 0fec 487b aa6f 1d36387bc0b3Melalui filem Illang: The Wolf Brigade (2018), Han Hyo Joo menjadi Lee Yoon Hee, seorang polis yang bertugas untuk memerangi pengganas. Dia menjadi salah seorang polis yang menentang penyatuan Korea Selatan dan Utara. Detik penyatuan bersejarah itu digambarkan terjadi pada tahun 2029.
Demi untuk mengekang kumpulan yang menentang tersebut, dibentuk sebuah pasukan khas yang diberi nama pasukan Illang.

Dalam perjuangan Illang menumpaskan para penunjuk perasaan, muncul musuh lain yang ternyata lebih kuat dan berpengaruh dibandingkan para penentang tersebut. Dalam filem ini, Lee Yoon Hee digambarkan sebagai sosok gadis yang misteri dan ingin balas dendam kerana adiknya mati terbunuh dalam sebuah insiden rusuhan.

 

3. Yoon Sae Bom, anggota Polis Operasi Khas dalam drama Happiness (2021)

6a06691a c378 4205 9fe9 063d21e53893

Han Hyo Joo tampil sebagai anggota Polis Operasi Khas dalam drama Happiness (2021). Drama ini juga menjadi merupakan kemunculan semula Han Hyo Joo di layar TV selepas dia membintangi drama pada tahun 2016, W: Two Worlds Apart. Yoon Sae Bom adalah seorang anggota pasukan polis khas yang mempunyai perwatakan tegas, kuat semangat, dan selalu tenang dalam setiap situasi.

Demi mendapatkan tempat tinggal di sebuah apartment, Sae Bom berkahwin dengan Jung Yi Hyun (Park Hyung Sik), kawan sekolahnya dahulu dan bekerja sebagai seorang detektif. Selepas pindah, apartment Sae Bom dan Yi Hyun diserang virus zombie. Mereka perlu saling bekerja sama dalam menghadapi semua masalah yang terjadi di apartment tersebut.

 

4. Hae Rang, pemimpin lanun laut dalam filem The Pirates:Goblin Flag (2022)

56dc9944 94fc 4e89 b9d1 e2dd82a623f0Dalam filem The Pirates:Goblin Flag (2022), Han Hyo Joo menjadi Hae Rang. Dia adalah seorang pemimpin lanun laut yang sedang mencari harta karun kerajaan Goryeo yang hilang. Hae Rang digambarkan sebagai sosok kapten yang hebat dan tegas. Walaupun begitu, Hae Rang tetap kelihatan cantik dan mempesonakan.

Hae Rang dan pasukannya berkumpul di laut untuk mencari harta kerajaan yang telah hilang tanpa jejak. Dalam perjalanan mereka, Hae Rang bertemu dengan Woo Moo Chi (Kang Ha Neul) dan beberapa orang anak buahnya. Moo Chi adalah bekas tentera kerajaan yang bertukar menjadi perompak. Mereka bekerja sama dan mencari harta karun ke beberapa tempat yang sangat berbahaya.

 

5. Lee Mi Hyun, bekas ejen rahsia yang memiliki kuasa super dalam drama Moving (2023)

Han hyo jooHan Hyo Joo kembali membuat para penonton terpukau melihat aksinya dalam drama Moving (2023). Dalam drama terbaru Disney+ ini, Han Hyo Joo membawa watak sebagai Lee Mi Hyun. Dia adalah bekas penganalisis ASNP yang memiliki kuasa super iaitu panca indra yang lebih hebat dibandingkan manusia biasa.

Mi Hyun kemudian berkahwin dengan salah seorang ejen rahsia terbaik yang juga memiliki kuasa super iaitu Kim Do Shik (Jo In Sung). Mi Hyun dan Do Shik dikurniakan seorang anak lelaki yang mewarisi kuasa super mereka, anak mereka bernama Kim Bong Seok (Lee Jung Ha). Selepas bersara, Mi Hyun memilih untuk menghabiskan waktunya hanya untuk membesarkan dan melindungi anaknya. Dia akan melawan sesiapa sahaja yang berusaha untuk mencederakan anaknya.

 

 

6. Han Hyo Joo sebagai Keunkal watak utama penjahat dalam filem Believer 2 (2023)

IMG 3541

Filem aksi jenayah Netflix “Believer 2” akan datang tahun ini, turut membintangi Cha Seung Won, Jo Jin Woong, dan Oh Seung Hoon. Believer 2 ialah sekuel kepada Believer (2018). Filem ini diarahkan oleh Baek Jong Yeol, dan diterbitkan oleh CJ Entertainment. Penggambaran telah dilakukan di Korea Selatan, Thailand, dan Norway.

Mempunyai bentuk tubuh yang atletik dan tegap, Han Hyo Joo memang selalu memukau setiap kali melakukan adegan aksi dalam filem dan juga drama yang dibintangi.

Baca lagi: 5 Filem dan Kdrama Fantasi lakonan Han Hyo Joo, Wajib Tonton
Baca juga: Moving: Peranan 42 Watak, Ejen dan Adiwira