Home Entertainment 9 Watak Pembunuh Bersiri Dalam Kdrama 2023, Talam Dua Muka

9 Watak Pembunuh Bersiri Dalam Kdrama 2023, Talam Dua Muka

0

Watak antagonis selalu ditunjukkan dengan penampilan dan sikap yang pelbagai. Watak-watak antagonis yang ditonjolkan juga turut melakukan kejahatan seperti pembunuhan tanpa rasa bersalah. Kadang-kadang, watak-watak yang berjiwa psikopat tersebut juga selalu digambarkan sebagai sosok yang bermuka-muka dan manipulatif.

Perkara itu membuatkan setiap watak pembunuh bersiri sukar untuk ditangkap, orang yang talam dua muka memang pandai mengaburi mata sesiapa sahaja.

Sama juga dengan beberapa watak pembunuh bersiri dalam Kdrama siri yang ditayangkan pada tahun ini.

Berbagai-bagai teori tentang mereka sering timbul dan dicipta oleh penonton untuk meneka pembunuh sebenar dalam Kdrama kegemaran mereka.

Jom kita lihat 9 watak pembunuh bersiri dalam Kdrama Korea tahun 2023 seperti berikut ini!

 

Kdrama1. Oh Chan Yeong (Min Ji Woong) melakukan pembunuhan sewaktu mengembara ke masa lalu dan masuk ke dalam tubuh saudaranya dalam drama siri A Time Called You

 

565f9029 25ac 4350 b733 fe8cceaecf9b2. A Bloody Lucky Day akan ditayangkan pada bulan November, Geum Hyeok Soo (Yoo Yeon Seok) merupakan pembunuh bersiri yang berniat bersembunyi dalam sebuah kapal

 

ca6569b9 61a0 48af 9baa b845b47067a13. Disyaki sebagai salah seorang warga Kampung Mujin dan mempunyai kebolehan psikometri, pembunuh bersiri dalam drama Behind Your Touch masih belum terungkap

 

17fed326 6f40 434e be41 8c74e31936464. Dikenali sangat ramah dan berjiwa bebas, Yoon Yeon Woo (Jeong Jae Kwang) ternyata pembunuh bersiri yang talam dua muka dalam drama siri My Perfect Stranger

 

52d5a52d 2eb7 43f1 84ec 5f9f3600f1255. Seterusnya adalah watak Park Ki Young (Lee Gyu Han) yang menjadi pembunuh bersiri yang mengungkapkan kejahatan konglomerat dalam drama siri Longing for You

 

e4744677 1f15 4844 8fa1 d292479044036. Trauma hingga menjadi obsesi, membuatkan Ji Dong Hui (Shin Jae Ha) berubah menjadi pembunuh bersiri dalam Crash Course in Romance

 

e33bfdae 3fe2 4a34 9731 22f94edb591b

7. Merupakan seorang doktor dan juga cucu konglomerat, Do Gyu Jin (Kim Min Seok) menjadi pembunuh bersiri kerana trauma masa lalu dalam drama Delivery Man

 

fac1cedb 2c9d 47c7 94f8 d3c71631f5c78. Walaupun baik, tetapi sumpahan membuatkan Kokdu (Kim Jung Hyun) terpaksa membunuh orang-orang jahat dalam drama Kokdu: Season of Deity

 

7db278e6 df04 480d 9fb1 7870546605a19. Lee Hyan Gi (Shim Dal-gi) merupakan roh jahat yang sering melakukan pembunuhan untuk kepentingan sendiri dalam Revenant

Walau ada watak yang asalnya adalah protagonis, setiap watak dalam drama siri Korea 2023 di atas boleh berubah menjadi pembunuh bersiri. Kebanyakan dari mereka mempunyai masa lalu yang suram hingga jiwa psikopat mereka semakin menebal dan menguasai diri. Perkara itu yang membuatkan mereka melakukan pembunuhan.

Baca lagi: 7 Kdrama Fantasi Yang Dibintangi Pelakon Destined With You
Baca juga: 8 Watak Kdrama Miliki Kuasa Luar Biasa Sejak Kecil