Home Dari Kisah Benar “Dia itu Munafik…” – Sahabat Ebit Lew Dedah Bukti Mondy tatoo Menipu

“Dia itu Munafik…” – Sahabat Ebit Lew Dedah Bukti Mondy tatoo Menipu

0

Sahabat Ebit Lew iaitu pendakwah dari negara jiran, Indonesia yang telah dikenali sebagai Derry Sulaiman mendakwa bahawa TikToker, Mondy Tatto telah menipu berhubung podcastnya bersama influencer lelaki kontroversi iaitu Caprice. Perkara tersebut telah dibangkit susulan pendedahan yang dibuat oleh Mondy menerusi podcast di saluran YouTube Caprice yang mengatakan bahawa beliau telah menjadi mangsa gangguan seksual personaliti dakwah, Ebit Lew sewaktu dibantu dan dibawa datang ke Malaysia beberapa bulan yang lalu.

Baca lagi: Tayar Tiba-Tiba Ditoreh Individu Misteri, Niat Geng Ini Untuk ‘Healing’ Terbantut

Baca lagi: “Nak Beli Minyak Masak Pun Kena Kawal Dengan Pak Guard”-Situasi Warga Asing Beli Minyak Masak Raih Perhatian

Menerusi siaran langsung Derry Sulaiman di media sosial miliknya, beliau telah menunjukkan perbualannya di aplikasi WhatsApp dengan individu yang telah dipercayai sebagai Mondy. Dalam perbualan tersebut, Mondy telah dikatakan mengaku bahawa semua yang dikatakan di podcast tersebut adalah “bohong” dan beliau melakukan perkara berkenaan semata-mata disebabkan oleh wang.

Ustaz Derry Sulaiman juga memaklumkan yang TikToker wanita itu ada meminta Ebit Lew membelikan motosikal sewaktu dibantunya beberapa bulan lalu. Beliau juga menegaskan yang sahabatnya itu seorang yang betul-betul baik kerana sentiasa membawakan buah tangan tiap kali bertemu walaupun  beliau bukanlah individu yang susah. Tanpa sebarang kepentingan peribadi, Derry menegaskan apa yang diucapkan adalah kerana Allah S.W.T dan tidak mendesak sesiapa untuk mempercayainya.

Terdahulu, podcast antara Caprice dan Mondy Tatto telah mengejutkan ramai susulan pendedahan yang dibuat sehingga membuatkan ramai terkejut. Berasa difitnah, Ebit Lew yang baru tiba dari Jeddah terus membuat laporan polis kerana semua yang diucapkan di dalam podcast tersebut tidak betul dan menganggap apa yang dilakukan sebagai salah satu cara menburukkannya.

Lihat klip video di bawah:

@ride0rdie.sg Pang,pangsai . #mondytatto #mondy #ebitlew #malaysiafyp #fypsg #singpore #fitnahakhirzaman #uel #indonesia #gelandangan ♬ original sound – LocalWheel.SG

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.