Home Artis Korea 11 Pasangan Kdrama 2024 ini Tidak Mungkin Terlibat Cinta Lokasi, Kenapa?

11 Pasangan Kdrama 2024 ini Tidak Mungkin Terlibat Cinta Lokasi, Kenapa?

0

Episod pertama Kdrama “Wedding Impossible” telah mula ditayangkan pada 26 Februari 2024 yang lalu. Drama Korea tersebut menampilkan Jeon Jong Seo dan Moon Sang Min sebagai pelakon utama. Kedua-dua mereka terjerat dalam kisah romantik yang rumit yang bermula dari rancangan perkahwinan palsu.

Jeon Jong Seo telah dikenali melalui beberapa buah Kdrama dan filem Korea popular. Namun, Wedding Impossible adalah merupakan projek lakonan pertama yang melibatkan genre romcom (romantik komedi).

Pasti para penonton tidak puasa hati kerana dua pelakon ini tidak mungkin akan terlibat dalam cinta lokasi kerana Jeon Jong Seo sudah menjalin hubungan cinta dengan pengarah Lee Chung Hyun sejak Disember 2021 lagi.

Keserasian yang dibangunkan oleh kedua-dua pelakon utama ini telah berjaya membuatkan penonton cair hati. Begitu juga dengan 10 pasangan dalam Kdrama bulan Februari 2024, mempamerkan keserasian tetapi tidak mungkin akan terjerat cinta lokasi atas sebab berikut bawah ini.

 

9451567a 6472 48ba 815e 0278a494d38c1. Sudah mempunyai kekasih hati, Jeon Jong Seo tidak akan terjerat dengan cinta bersama Moon Sang Min yang merupakan gandingan utamanya dalam Kdrama Wedding Impossible

 

 

Kdrama2. Terjerat dengan perkahwinan kontrak dalam Wedding Impossible, kisah Jeon Jong Seo dan Kim Do Wan juga tidak boleh berterusan ke dunia nyata

 

715fd1da 8f23 41c9 8485 4fa5990cb1593. Baru disahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan Karina aespa, Lee Jae Wook dan Hong Su Zu juga nampaknya tidak mungkin akan terlibat dengan cinta lokasi semasa penggambaran Kdrama The Impossible Heir

 

 

2a6ca3e4 09dd 428b a78b 54d4c5620e364. Walau baru sahaja bergabung kembali setelah sekian lama, kisah cinta Park Hyung Sik dan Park Shin Hye juga hanya boleh disaksikan dalam Kdrama Doctor Slump kerana Park Shin Hye telah berkahwin dan kini bahagia dengan kehadiran cahaya matanya

 

 

bb77ce30 ddf6 4a55 802e 02bdafd2b5c55. Begitu juga dengan Yoon Park dan Kong Seong Ha dalam Doctor Slump yang tidak mungkin terjerat cinta lokasi kerana Yoon Park sudah berkahwin tahun lalu

 

 

c20b3461 58f9 4fc1 b164 113f4a1a4cb4

6. Sementara itu, Lee Jong Won menjadi pelakon utama dalam Kdrama Knight Flower bersama Lee Ha Nee yang sudah berkeluarga dan memiliki seorang cahaya mata

Baca juga: 3 Sebab Utama Anda Perlu Tonton Wedding Impossible, Kdrama Komedi Menghiburkan

 

0bb9acde 1fbe 4341 a0e2 83bdcd42426b7. Menjadi pasangan suami isteri sekali lagi, kehidupan rumah tangga Son Ho Jun dan Jang Na Ra hanya setakat dalam Kdrama My Happy Ending. Jang Na Ra telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021

 

 

1d7e7838 baa8 48b1 91bc 7ebd9f3aec3b8. So Yi Hyun juga telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Kisah cinta terlarangnya dengan Son Ho Jun juga hanya boleh ditonton dalam Kdrama My Happy Ending

 

 

a5309680 5fb1 45c0 9e4e b631c59e40509. Di episod akhir My Happy Ending, Jang Na Ra nampaknya mula menerima Lee Ki Taek. Namun, kisah cinta mereka tidak boleh dibawa ke dunia nyata ya!

 

 

9f6449ac 7505 456f ae75 b5f899f247ae10. Jo Jung Suk dan Shin Se Kyung diberi watak sebagai pasangan utama dalam Captivating the King. Jo Jung Suk telah berkahwin dengan penyanyi terkenal, Gummy

 

 

e9781e38 ff28 4814 a479 643562a5c35411. Seterusnya adalah Kang Ki Young dan Lee Ji Ah yang terjerat dengan kisah romantik sewaktu bekerja sama dalam Queen of Divorce. Kang Ki Young sebenarnya juga sudah bahagia berumah tangga!

Walau setiap pasangan dalam Kdrama yang ditayangkan pada bulan Februari 2024 ini tidak mungkin terjerat cinta lokasi dan tidak boleh bersama di dunia nyata, mereka tetap berjaya menunjukkan keserasian yang semulajadi dan hebat. Para penonton tetap terbuai dengan adegan romantik mereka.

Baca lagi: 10 Drama Korea Komedi Romantik ini Sangat Menarik dan Menyegarkan Minda
Baca juga: 5 Drama Korea Thriller Menarik Perlu Anda Tonton, Penuh Debaran