Home Kdrama/Kmovie 10 Drama Korea Komedi Romantik ini Sangat Menarik dan Menyegarkan Minda

10 Drama Korea Komedi Romantik ini Sangat Menarik dan Menyegarkan Minda

0

Drama Korea Selatan memang sangat seronok untuk ditonton kerana biasanya jalan cerita yang diaparkan sangat menarik. Salah satu genre yang cukup popular adalah drama komedi romantik.

Berikut ini adalah beberapa pilihan drama Korea komedi romantik yang boleh anda tonton pada waktu lapang, pasti menghiburkan dan menenangkan minda!

 

Crash Landing on You (2019)

Drama koreaSalah sebuah drama komedi romantik dengan rating tertinggi yang membawa genre romantik komedi (romcom).
Dibintango oleh Hyun Bin dan pelakon jelita Son Ye Jin, drama Korea ini dimulakan dengan kisah seorang wanita Korea Selatan yang melakukan paragliding dan tidak sengaja masuk ke kawasan Korea Utara.

Baca lagi: 7 Pilihan Drama Korea dengan Jalan Cerita Ringan, Sesuai Tonton Bersama Keluarga

Hometown Cha-Cha-Cha (2021)

3b7b6578 a8df 42d9 a9ee 1fa70375b273Drama Korea ini sangat popular dan dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Kim Seon Ho dan Shin Min A.
Drama siri ini menceritakan tentang sebuah kampung kecil yang dikenali sebagai Gongjin di pinggir laut yang menjadi tempat pertemuan seorang doktor gigi dan warga tempatan.

 

Mr. Queen (2020)

c47d8c2d e8cd 4cd8 9dc4 c3c09f0f3d04Untuk anda yang sukakan drama Korea sejarah atau ‘sageuk’, tetapi inginkan kisah romcom, anda boleh menonton drama siri Mr. Queen yang digabungkan dengan genre fantasi. kisah penuh imaginasi seorang lelaki dari era moden yang terbangun di zaman Joseon. Drama siri ini juga merupakan salah ssebuah dari lima drama siri dengan rating tertinggi di tvN!

 

Yumi’s Cells (2021)

31b89835 91ef 48ec be01 ce3f276d8bcfDrama Korea yang sudah tersedia dalam dua musim ini diadaptasi dari webtoon karya Lee Dong Gun dengan tajuk yang sama. Drama ini sangat unik dan menarik kerana anda boleh melihat animasi yang lucu yang muncul bersama adegan live action dari para pelakon. Fokus cerita ini pada sel-sel yang ada di otak Yumi. Menarik bukan?

Baca juga: 5 Drama Korea Romantik Tahun 2023 yang Menarik, Sudahkah Anda Tonton?

Our Beloved Summer (2021)

903356ac 5354 41f0 99d6 c70741f1c9daDrama Korea ini adalah tentang dua watak yang sudah lama tidak bertemu lalu dipertemukan kembali dalam sebuah dokumentari yang membahaskan tentang kerjaya mereka sekarang ini. Drama ini sangat tenang dan sesuai dipanggil sebagai drama ‘healing’.

 

Strong Girl Bong-soon (2017)

f17d4913 e0d6 4c5a a3e2 3c25d3e60a8fDrama menarik Strong Girl Bong-soon menampilkan watak utama wanita yang memiliki kuasa luar biasa yang diwarisinya secara turun temurun. Jangan terkejut, drama ini juga ada unsur thriller walaupun banyak juga adegan romcom yang mencairkan hati!

Weightlifting Fairy Kim Bok-joo (2016)

6c460017 21b3 4672 8020 002e3973e63bDrama ini juga adalah drama lucu mengenai seorang wanita yang juga luar biasa kuat iaitu Kim Bok-joo yang merupakan atlet angkat berat. Selain lucu dan penuh komedi, drama ini juga menampilkan elemen romantik, cuba tonton ya!

 

She Was Pretty (2015)

a1e774c6 9699 4657 9298 edd221bbfebfWalau sudah lama ditayangkan, drama siri ini masih sesuai untuk ditonton hingga sekarang! Jalan cerita drama ini juga sangat menarik untuk diikuti. Seperti tajuknya, drama ini adalah tentang seorang wanita yang mengalami perubahan fizikal yang kemudian mendapat reaksi yang berbeza dari orang-orang di sekelilingnya.

 

My Roommate Is a Gumiho (2021)

05df9272 8eb8 414f 93e8 6d68b69258bbDiadaptasi dari webtoon, drama siri ini tentang musang berekor sembilan atau gumiho yang mengumpulkan tenaga supaya dia boleh menjadi manusia sebenar.
Suatu hari, ada sebuah kemalangan yang membuatnya perlu berurusan dengan seorang pelajar.

 

Business Proposal (2022)

KdramaDrama siri menarik ini juga adalah diadaptasi dari sebuah webtoon. Kisah drama imi bermula dari seorang CEO muda yang menyertai blind date dan seorang wanita yang menggantikan sahabatnya untuk blind date tersebut.

Demikian sahaja 10 buah drama Korea komedi romantik yang boleh anda tonton dan masih dicari oleh para peminat drama Korea hingga ke hari ini!