Home Entertainment 11 Kdrama ini tamat pada bulan Jun 2023

11 Kdrama ini tamat pada bulan Jun 2023

0

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Banyak juga drama siri Korea Selatan yang telah pun tamat dan akan tamat sekaligus mengakhiri episod pada bulan Jun 2023 ini.

Kebanyakan Kdrama siri ini mula ditayangkan pada bulan April dan Mei yang lalu. Tema yang dibawa dalam setiap Kdrama ini juga ada bermacam-macam, contohnya seperti medikal, kecurangan, percintaan, dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai Kdrama siri yang tamat pada bulan Jun 2023. Adakah Kdrama kegemaran anda termasuk dalam senarai? Jom sama-sama kita lihat:

 

Kdrama
1. Doctor Cha yang mengangkat tema kecurangan dalam rumah tangga dan turut dihiasi dengan unsur komedi tamat pada 4 Jun 2023 yang lalu. Dibintangi oleh Uhm Jung-hwa dalam peranan utama, bersama-sama dengan Kim Byung-chul, Myung Se-bin dan Min Woo-hyuk

131757b8 fcba 4ff8 b531 beaaa539fed5
2. Menampilkan kisah hubungan ibu dan anak, The Good Bad Mother baru sahaja tamat tayangannya pada 8 Jun 2023. Pasti para penonton setia akan merindui penduduk kampung Jou-ri!

08a0be95 f9df 4fe5 82a7 df7ad5b970f7
3. Kisah dua petinju dan pemberi pinjam wang yang menghancurkan lintah darat, Bloodhounds mula menayangkan 8 episodnya pada 9 Jun 2023

47ff61fb 86b5 418b 8259 fff54f63bb78
4. Bagi para peminat Lee Bros, persiapkan diri anda kerana Tale of the Nine Tailed 1938 berakhir pada 11 Jun 2023

2a00d687 e50b 49c5 91b0 ce043bf0c587
5. Mengisahkan tentang perasaan benci yang bertukar menjadi cinta, Oh! Young Sim yang dibintangi oleh Donghae Super Junior dan Song Ha Yoon bakal tamat pada 13 Jun 2023 nanti!

45bcd27b 3f75 4467 8864 a0c4bdf942ab
6. Queen of Mask mengisahkan tentang kehidupan empat orang wanita yang terseret ke dalam permasalahan kerana seorang lelaki. Drama siri ini akan berakhir pada 13 Jun 2023

d1d882af 90a9 4837 ba79 d7030e26dbab
7. Race akan mengakhiri episodnya pada 14 Jun 2023. Drama siri ini mengusung tentang persoalan dunia kerja dan nasib sebagai pekerja bawahan

b490a0f9 0440 4741 a17c 347730fda851
8. Drama siri medikal yang mempunyai bermacam-macam konflik, Dr. Romantic 3 akan tamat pada 17 Jun 2023. Pasti hati rasa berat untuk berpisah dengan pasukan perubatan Doldam bukan?

7389109c fca3 4aa5 9839 e7a2cbafde5c
9. Berjaya membuatkan kepala penonton berputar-putar memikirkan tentang pembunuhan dan kotak mancis Kedai Teh Bong Bong, My Perfect Stranger bakal mengucapkan selamat tinggal pada 20 Jun 2023 nanti!

f95c05cb 0f0b 4be0 9c98 bfce2c641f48
10. Bitch x Rich yang dibintangi oleh Yeri Red Velvet dan Lee Eun Saem ini akan tamat pada 28 Jun 2023

7cb42e43 168c 43f8 a2ee 11cb0099e1f5
11. Celebrity yang dibintangi oleh Park Gyu Young akan melancarkan semua 12 episodnya secara pada hari yang sama isitu pada 30 Jun 2023

Nampaknya para peminat setia Kdrama terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kdrama-Kdrama kegemaran mereka. Tidak sabar juga rasanya untuk menonton pengakhiran setiap Kdrama kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak terhadap misteri jalan cerita dan nasib setiap watak. Jangan lupa saksikan drama siri kegemaran anda sehingga akhir ya!

Baca lagi: “The Parallel (2014)”, Filem Horror Thai Yang Menarik Ditonton

Baca juga: Beri Ucapan Di Majlis Kahwin, Sekali Reaksi Janna Nick Pula Buat Ramai Yang Sebak