Home Entertainment “The Parallel (2014)”, Filem Horror Thai Yang Menarik Ditonton

“The Parallel (2014)”, Filem Horror Thai Yang Menarik Ditonton

0

“The Parallel” mengisahkan seorang Ibu menjadi roh yang dipenuhi dendam, melindungi anaknya setelah sang Ibu dibunuh secara brutal

Kisah filem “The Parallel“ ini bermula di sebuah bandar kecil di sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh sepasang anak beranak yang mana suatu hari sang Ibu telah dirompak dan dibunuh secara brutal, disaksikan sendiri oleh anak perempuannya, Mobile (Wanisa).

The Parallel

Tiba-tiba satu kejadian aneh telah berlaku ketika si perompak sedang cuba untuk membunuh anak perempuannya, roh si ibu yang telah mati tadi bangkit dan muncul, membalas dendam dan membunuh si perompak tersebut.

IMG 0504

Setelah peristiwa sadis itu, Mobile yang menjadi anak yatim piatu kemudian dihantar ke rumah khidmat sosial. Namun sikap Mobile mula berubah, suka menyendiri sambil ditemani sebuah anak patung yang tidak pernah ditinggalkannya dan Mobile juga tidak pernah bercakap sepatah pun selepas itu. Ini menyebabkan anak-anak lain di rumah khidmat sosial itu suka membuli Mobile dan mengejeknya.

Salah seorang pengasuh di rumah khidmat sosial tersebut juga tidak menyukai kehadiran Mobile di situ sehinggalah suatu hari, anak-anak dan pengasuh yang suka mencari masalah dengan Mobile telah mengalami kejadian yang pelik, anak-anak itu jatuh sakit seolah disampuk hantu manakala pengasuh tersebut mati dengan ngerinya!

IMG 0505

Di babak lain, Emmy (Paula Taylor) telah diberi ubat oleh teman lelakinya hingga menyebabkan dia pengsan dan dibawa ke klinik haram untuk menggugurkan kandungannya. Seluruh badannya penuh dengan darah ketika dia berjalan pulang berseorangan. Sejak itu, Emmy dirundung pilu dan sayu kerana kehilangan bayi dalam kandungannya. Teman lelakinya pula tidak lagi menemui Emmy selepas kejadian itu.

Setelah tidak berapa lama, Emmy mengunjungi rumah khidmat sosial tempat kawannya bekerja. Emmy mula jatuh hati kali pertama terserempak Mobile dan ingin mengambil Mobile menjadi anak angkatnya.

IMG 0506

Maka bermulalah kehidupan baru untuk Emmy dan Mobile, namun apa yang Emmy tidak ketahui adalah roh Ibu Mobile sentiasa ada bersama dengan Mobile. Rohnya sentiasa bersiap sedia untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba menyakiti Mobile.

IMG 0507 IMG 0508

Disebalik kewujudan misteri Ibu Mobile, ternyata di rumah Emmy juga tersimpan satu rahsia dan misteri yang Emmy sendiri tidak sedar selama ini! Disinilah untuk 20 minit terakhir, penonton akan disajikan dengan babak-babak yang cukup menarik dan mengejutkan.

Jalan penceritaan “The Parallel“ ini agak perlahan, jadi mungkin sesetengah penonton akan mula berasa bosan sedikit. Plot cerita akan bertambah semakin menarik kerana setelah itu babak-babak menarik akan menyusul yang pastinya terdapat “plot-twist” di minit-minit terakhir, pasti akan membuat hati kita tersentuh dan meremang!

Walaupun plot filem ini tidak la sehebat filem-filem seram Thai lain yang lebih dikenali disebabkan plotnya yang penuh dengan melodrama, ia tetap berbaloi untuk hiburan jiwa!

IMG 0404

“The Parallel” ini boleh ditonton melalui YouTube. Boleh tonton trailer “The Parallel” dibawah ini dahulu ya!

Baca lagi: Filem Seram Indonesia Yang Wajib Ditonton

Baca juga: 4 Filem Seram Menemui Peminat Pada Jun 2023