Home News Penduduk Berebut, Jumpa Beg Plastik Yang Berisi Duit Dalam Longkang

Penduduk Berebut, Jumpa Beg Plastik Yang Berisi Duit Dalam Longkang

0

Sekumpulan penduduk digemparkan dengan penemuan beg plastik mengandungi wang kertas, dalam saluran air. Wang kertas tersebut ditemui ketika seorang kanak-kanak sedang bermain layang-layang.

Kejadian berlaku di Kampung Cimuja, Cimalaka di Sumedang, Jawa Barat di Indonesia pada 6 Jun 2023 yang lalu. Setiausaha Kampung Cimuka, Lukman Hakim mengesahkan mengenai insiden berkenaan.

“Kejadian itu berlaku pada sebelah petang dan nilai wang yang ditemui sebanyak Rp1,000 (RM0.31) yang dikeluarkan pada tahun 2022”
“Kesemuanya dalam beg plastik dengan keadaan berlumpur dan basah”

Screenshot 2023 06 11 181423

Lukman juga mengatakan perkara ini turut tidak dipastikan jumlah keseluruhan wang di dalam beg plastik itu kerana ketika ditemui, penduduk sudah berebut-rebut untuk mendapatkannya.

“Penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian berebut-rebut mendapatkan wang apabila mendapatu terdapat berpuluh-puluh gumpalan wang tunai di dalam beg plastik tersebut”
“Keadaan wang basah dan berlumpur. Penduduk yang mengambil wang itu kemudian membawanya pulang untuk dijemurkan”

Screenshot 2023 06 11 181718

Duit yang ditemui oleh penduduk itu juga telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Segelintir netizen juga memberi komen mengenai wang tersebut bahawa penduduk terlalu memikirkan wang sahaja walaupun keadaan duit itu dalam keadaan kotor dan basah. Namun ada juga yang mengatakan perkara itu adalah rezeki pada orang yang menemuinya.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat