Home Video Beri Ucapan Di Majlis Kahwin, Sekali Reaksi Janna Nick Pula Buat Ramai...

Beri Ucapan Di Majlis Kahwin, Sekali Reaksi Janna Nick Pula Buat Ramai Yang Sebak

0

Nurul Jannah Muner atau dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1 Jun tahun 1995, berasal dari Sungai Petani, Kedah. Mula bergiat aktif falam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog(2012), dan mula dikenali ramai menerusi siri drama yang berjudul ‘Syurga Nur’ dan banyak lagi.

Janna Nick juga merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya. Adik-beradik beliau ialah abang sulungnya, Mohamad Firdaus, dua adik perempuannya, Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea.

Screenshot 2023 06 11 120258

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Janna Nick memberi ucapan ketika majlis perkahwinannya, mengatakan bahawa beliau berasa terharu melihat ibu bapanya serta kedua-dua belah keluarganya berada dalam satu majlis dan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Reaksi Janna Nick menahan sebak apabila membuat ucapan pula tarik perhatian ramai.

Netizen turut memberi komen mengenai reaksi Janna Nick, mengatakan berasa sebak apabila beliau mula menyebut tentang ibu bapanya. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami situasi yang sama. Netizen juga mendoakan semoga hubungan beliau dengan suami berkekalan hingga ke jannah. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 392.2K penonton, 35.8K sukaan dan 589 komen.

Lihat klip durasi pendek reaksi Janna Nick beri ucapan di majlis perkahwinan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat apa juga kata orang ramai:

@jamilah: terus jatuh air mata aku sb janna nick betul betul ikhlas cara ucapan dia smoga allah bg kebhgian untk dia amennn

@Fatini1606: Broken family je fahamm situasi nii . Bahagiaa sgt

@NurMuhammad: bgus lah dini ni.. terima jana seadaanya even ramai yg mengata jana mcm2.. semoga berpanjangan hingga ke jannah

@@Zaza82Ayob: bila mak bapa berpisah ank kawin, dpt berkumpul dlm 1 majlis alhamdulillah fmly Janna nick..bahagia Janna nick mesti happy xkn dia lupakn

@MaddyAs84: teringat kisah janna dari kecil.Bila mana dia terpaksa memilih untuk ikut ibu atau ayah.Dia memilih untuk tinggal dengan atuk dan nenek.Semoga bahagia

@adina: sedihnya….janna rindu kan keluarga bahagia….muga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga….

@Che Pia: I feel u … prnh rsaa situasi ni. Sbb sy pun slh stu dtg dr family yg broken jgk . Ttp hri bahagia ibu dan ayh sy ad brsama ..

@Leeya’Hh: i feel u janna,sbb sy pun pernah lalui..hadir dari family broken

@Azira Jamil: semoga bahagia milikmu sayang until jannah Aamiin..Bila kita lihat org bahagia, kitapon tumpang bahagia

@farzana86: blh rasa apa perasaan janna..saya pun pernah rasa happy mcm ni bila dpt tgk mak dgn ayah saya dlm 1 majlis

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram