Home Entertainment 10 Siri Thriller dari UK di Netflix, Terbaru Bodies

10 Siri Thriller dari UK di Netflix, Terbaru Bodies

0

Selain siri Hollywood, Netflix selaku layanan streaming paling popular juga menyediakan siri dari berbagai negara lain, siri-siri dari negara United Kingdom (UK) juga tidak kurang hebatnya.

Siri dari UK/British juga menawarkan genre yang terdiri dari pelbagai jenis dan pastinya menarik. Termasuk genre thriller yang memang diminati oleh para penonton kerana menyajikan jalan cerita yang menarik dan mendebarkan.

Netflix menyediakan pelbagai pilihan siri thriller dari UK yang sangat menarik dan wajib anda tonton. Paling terbaru adalah Bodies (2023), berikut merupakan sepuluh cadangan siri thriller dari UK yang boleh ditonton di Netflix dan bakal memacu adrenalin anda!

 

 

Netflix 1. Pembunuhan pengantar pizza membawa Carey Mulligan untuk menyiasat jaringan jenayah di Kota London. Tonton aksinya dalam Collateral (2018)

 

fefa1465 54d6 434b 8989 e431c18d5f992. Penuh misteri dari awal hingga akhir, The Stranger (2020) mengikuti kisah seorang jejaka yang hidupnya berantakan selepas bertemu dengan wanita asing

 

 

6933d8b8 9a43 48ea 8c97 81f545fab4f83. Dalam Red Rose (2022), nyawa sekumpulan remaja terancam akibat menggunakan sebuah aplikasi misteri. Apakah yang sebenarnya terjadi?

 

 

Siri Netflix 4. Nafsu, pengkhianatan, dan balas dendam mewarnai perjalanan Charlie Murphy dan Richard Armitage dalam Obsession (2023). Buat jantung anda sentiasa berdebar-debar!

 

 

8123da9f 9cf0 4e7c b690 7fb72a463b625. Who Is Erin Carter? (2023) mengajak penonton untuk menyelami kehidupan Erin Carter, seorang guru yang menyimpan rahsia yang sangat dahsyat!

 

d5f32a36 280c 409e 8cd3 8808ce59b19b

6. Kehidupan bahagia seorang suri rumah tangga tiba-tiba menjadi kacau bilau dengan kedatangan sepasang psikopat dalam Stay Close (2022). Sudah menonton?

 

 

aac7acea d0cd 49b7 9352 be08a05d4fbf7. Empat cerita dalam Inside Man (2022) kelihatan seperti tidak berkaitan antara satu sama lain. Namun, semuanya sebenarnya mempunyai pertalian dan berhubungan yang mengejutkan!

 

 

IMG 92888. Behind Her Eyes (2021) mengisahkan tentang seorang wanita yang “berkawan” dengan isteri lelaki dari hubungan gelapnya, tanpa dia mengetahui kenyataan sebenar disebalik segala-galanya

 

 

6de90a0f e391 488c 8cd2 e9f39c64e19d

9. Sukakan tema pembunuh bersiri? Anda wajib menonton The Serpent (2021) yang menyoroti aksi keji pembunuhan pelancong oleh Charles Sobhraj pada tahun 70-an

 

 

b25a83e0 a4e6 4581 b00b 6faee269acdd10. Empat orang detektif dari empat garis masa yang berbeza menyelesaikan kes pembunuhan yang sama dalam Bodies (2023). Tayang pada 19 Oktober ini!

Bukan hanya menampilkan jalan cerita yang sarat dengan babak-babak menegangkan, sepuluh siri thriller yang tersenarai di atas juga mengangkat beberapa tema yang berkaitan dengan dunia sebenar. Beberapa siri mengangkat tema kecurangan seperti (Obsession, Behind Her Eyes), tema sukarnya masa lalu (Who Is Erin Carter?, Stay Close), dan juga tema sisi gelap manusia (The Stranger, Bodies).

Yang mana satu telah anda tonton?

Baca lagi: Fakta Siri Terbaru Netflix “Bodies”, Kisah Pembunuhan dari 4 Zaman Berbeza dengan Seorang Mangsa yang Sama
Baca juga: 6 Filem dan Siri Seram Mike Flanagan di Netflix, Menarik