Home Entertainment 6 Filem dan Siri Seram Mike Flanagan di Netflix, Menarik

6 Filem dan Siri Seram Mike Flanagan di Netflix, Menarik

0

Mike Flanagan telah mengarahkan berbagai-bagai filem dan siri seram yang mendapat pujian tinggi, termasuk kerjasamanya dengan Netflix yang telah menghasilkan sebuah filem dan 5 siri filem. Semuanya diadaptasi dari kisah seram klasik!

Mike Flanagan merupakan pengarah yang dikenali kerana sumbangannya dalam genre seram. Karya Mike Flanagan sering kali mempamerkan ciri-ciri cerita-cerita yang menggabungkan elemen psikologikal dan supernatural. Perkara ini membuatnya menjadi salah seorang pengarah terkemuka dalam genre seram moden.

Jika anda tertanya-tanya, jom kita lihat senarai filem dan siri seram arahan Mike Flanagan.

 

1. Gerald’s Game (2017)

Mike FlanaganGerald’s Game diadaptasi dari novel karya Stephen King. Filem ini menampilkan jalan cerita yang menegangkan, mengikuti kisah Jessie dan suaminya, Gerald, sewaktu mereka menghabiskan masa romantik mereka di sebuah rumah terpencil di tengah-tengah hutan yang indah. Namun, detik kebahagiaan itu berubah menjadi mimpi buruk ketika Gerald tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung, meninggalkan Jessie terikat di tempat tidur dalam permainan kehangatan cinta yang ekstrem.

Jessie terjebak dalam kedudukan dan keadaan yang sangat tidak selesa dan dia perlu berjuang untuk bertahan hidup di tengah-tengah situasi yang sangat menakutkan dan sendirian. Detik berlalu begitu sahaja, menyebabkan Jessie tidak boleh membezakan antara realiti dan halusinasi.

 

2. The Midnight Club (2022)

09ba3380 3a40 443a 84e6 2c4f52f84d12Mike Flanagan membuat drama siri seram ini bersama Leah Fong. Di sebuah hospital khas untuk orang-orang yang menderita penyakit serius, ada lapan orang pesakit yang mempunyai rutin berkumpul setiap tengah malam untuk saling berkongsi cerita seram dan membuat perjanjian unik, siapa pun di antara mereka yang meninggal dunia seterusnya akan memberikan tanda kewujudan mereka dari dunia lain.

Siri seram ini diadaptasi dari novel tahun 1994 yang berjudul sama, dan juga diinspirasi oleh karya-karya lain dari penulis Christopher Pike. The Midnight Club tayang di Netflix dengan sepuluh episod semuanya.

 

3. The Haunting of Bly Manor (2020)

Siri seramThe Haunting of Bly Manor merupakan sebahagian dari siri antologi The Haunting, mengambil latar di England tahun 1980-an. Selepas pengasuh sebelum ini mati dengan tragis, Henry Wingrave memutuskan untuk mengupah seorang pengasuh muda dari Amerika untuk menjaga anak-anak saudaranya yang yatim piatu. Mereka semua tinggal di Bly Manor bersama Owen, tukang masak rumah itu, Jamie, tukang kebunnya, serta Ny. Grose, pembantu rumah.

Walaupun tampak seperti tempat yang tenang, Bly Manor ternyata menyimpan rahsia gelap yang telah disembunyikan selama berabad-abad lamanya tentang cinta dan kematian, dan misteri kelam itu bakal terungkap dalam kisah cinta gothic yang memikat ini.

The Haunting of Bly Manor disediakan dalam sembilan episod semuanya.

 

4. Midnight Mass (2021)

Siri seramMidnight Mass menampilkan cerita tentang sebuah komuniti kecil yang hidup terpencil di sebuah pulau. Perpecahan di antara mereka semakin meruncing setelah kembalinya seorang lelaki muda yang telah kehilangan reputasi dan kedatangan seorang pastor karismatik.

Sejak itu, banyak peristiwa yang tidak dapat dijelaskan muncul berkali-kali dalam hidup mereka. Semuanya tampak seperti mukjizat. Komuniti kecil itu dipenuhi dengan semangat keagamaan yang baru. Namun, persoalannya adalah apakah harga yang perlu dibayar atas mukjizat tersebut?

Siri menarik Midnight Mass ini tayang dengan tujuh episod.

 

5. The Haunting of Hill House (2018)

Filem seramThe Haunting of Hill House merupakan interpretasi moden dari novel klasik karya Shirley Jackson yang berjudul sama. Drama siri seram mistik ini mengisahkan tentang lima bersaudara yang membesar di rumah yang dikenal sebagai yang paling berpuaka di Amerika. Kini, setelah mereka menginjak usia dewasa, mereka dipaksa untuk kembali berkumpul kerana adik perempuan bongsu mereka mengambil tindakan tragis dengan bunuh diri.

Tragedi memilukan ini membuat mereka akhirnya perlu menghadapi hantu-hantu yang mengganggu masa lalu mereka, beberapa hantu dan roh ada yang bermain dalam fikiran dan yang lain mungkin benar-benar mengintai dalam kegelapan yang melingkungi Hill House.

Siri seram ini terdiri dari sepuluh episod semuanya.

 

6. The Fall of the House of Usher (2023)

Netflix Karya terbaru dari Mike Flanagan adalah The Fall of the House of Usher. Siri seram gothic ini diadaptasi dari karya-karya Edgar Allan Poe. Mengisahkan tentang Roderick dan Madeline Usher, dua saudara yang kejam, yang telah mengubah Farmasi Fortunato menjadi sebuah kerajaan penuh kekayaan, hak istimewa, dan kekuasaan yang tampaknya tidak terbatas.

Namun, ketika masa lalu kelam mereka mulai terungkap, para pewaris dari dinasti Usher perlu menghadapi ancaman misteri dari seorang wanita muda yang menghantui mereka.

The Fall of the House of Usher hadir dengan lapan episod semuanya.

Enam buah filem dan siri seram arahan Mike Flanagan di atas boleh ditonton secara eksklusif di Netflix. Dari rumah berhantu, komuniti di pulau terpencil, hingga kepada sumpahan dinasti Usher. Pastikan semua siri dan filem ini anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda! Selamat menonton!

Baca lagi: 9 Filem Zombie Bukan Hollywood Yang Boleh Ditonton Di Netflix
Baca juga: Kdrama Netflix 2023, 7 Watak Protagonis Dengan Nasib Yang Memilukan