Home Dari Kisah Benar 3 Penjelasan Ending The Devil on Trial, Dirasuk, Halusianansi atau Manipulasi?

3 Penjelasan Ending The Devil on Trial, Dirasuk, Halusianansi atau Manipulasi?

0

Netflix menyiarkan filem dokumentari The Devil on Trial pada 17 Oktober 2023. Filem garapan Chris Holt ini diangkat dari kisah benar yang turut menjadi inspirasi untuk filem The Conjuring 3.

IMG 9301

The Devil on Trial mengikuti kisah pemuda berusia 19 tahun bernama Arne Cheyenne Johnson. Dia dituduh melakukan pembunuhan terhadap tuan tanahnya, Alan Bono, di Connecticut. Namun dia mendakwa tindakan keji tersebut terjadi kerana dia dirasuk iblis.

Kejadian ini akhirnya melibatkan pasangan ahli demonologi dan psikik Ed dan Lorraine Warren. Namun, filem The Devil on Trial ini ditutup dengan plot twist yang pasti membuatkan penonton tercengang. Meninggalkan perspektif baru tentang duo fenonemal yang dikenali dalam siri filem Conjuring.

Jom kita lihat penjelasan ending filem The Devil on Trial di bawah ini!

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Judy Glatzel meminta bantuan dari Ed dan Lorraine Warren untuk menolong David yang tampak seperti dirasuk

Devil on trial Judy Glatzel yang merasa bimbang kerana anak bongsunya Davi terus berkelakuan aneh seperti sedang dirasuk, dia akhirnya meminta bantuan dari pasangan Ed dan Lorraine Warren. Selepas melakukan penyiasatan, mereka menyarankan supaya David segera melakukan pengusiran syaitan di sebuah gereja.

Namun perkara lain terjadi sewaktu proses pengusiran syaitan berlangsung dan David memberontak dengan keras. Kerana sudah merasa sangat rapat dengan keluarga Glatzel, Arne sebagai kekasih Debbie, mara ke depan dan meminta iblis yang dianggap merasuk David untuk menggunakan dirinya sahaja. David bebas dan kembali hidup normal seperti biasa.

 

2. Mahkamah menolak pembelaan Arne Johnson dan peguamnya

844667cd ce51 4b80 9a1c fccd0d667888Beberapa bulan selepas David menjalani hidup aman damai, peristiwa lain terjadi pada Arne. Dia selisih faham dengan majikannya, Alan Bono, hingga akhirnya berakhir dengan kejadian tragis iaitu Alan ditikam sebanyak empat kali. Alan meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital.

Namun Arne mendakwa tindakan keji tersebut dilakukan oleh iblis yang merasuk tubuhnya. Bahkan hingga saat ini, kenyataannya masih sama dan disokong oleh David Glatzel yang mempercayai perkara itu.

Dokumentari The Devil on Trial ini juga mendedahkan perwatakan lain Arne. Walau tidak mempunyai rekod jenayah, dia dikenali sangat posesif terhadap Debbie. Diketahui, Debbie dan Alan Bono juga pernah menjalin hubungan cinta. Mahkamah menolak semua pembelaan Arne Johnson dan peguamnya yang menggunakan faktor ‘dirasuk iblis.’

 

3. Arne menjalani hukuman penjara selama 5 tahun

1fb278ea ff61 4477 a76f 99b85612e27eKes pembunuhan brutal Alan ini menjadi satu-satunya kes di Amerika Syarikat dimana pengaruh iblis dijadikan sebagai pembelaan dalam perbicaraan. Selama perbicaraan yang berlangsung pada tahun 1981, Arne banyak menggunakan kesaksian terus dari orang-orang terdekatnya, termasuk keluarga David Glatzel.

Walau mahkamah menolak semua tuntutan Arne dan peguamnya, kekasih Debbie tersebut dinyatakan tidak bersalah atas pembunuhan terancang. Namun dia didapati bersalah atas pembunuhan kelas kedua dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara. Namun demikian, Arne hanya menjalani hukuman penjara selama 5 tahun.

 

4. Timbul kecurigaan terhadap pasangan Ed dan Lorraine Warren

36f2e4b5 1b93 4e20 8873 8a80c2baf440Salah satu adegan di babak akhir menampilkan abang David, Carl, yang tidak mempercayai kisah dirasuk iblis yang terjadi pada adiknya dan Arne. Dia mengaku menyaksikan sendiri bagaimana ayahnya menenangkan adiknya yang memberontak dengan satu tamparan sahaja dan membuatkan semua orang tercengang.

Carl juga menyebut bahawa Ed dan Lorraine Warren hanya sibuk membuat dokumentasi dan membuatkan musibah yang menimpa David nampak lebih dramatik. Tentu sahaja perkara itu menimbulkan kecurigaan adakah David benar-benar dirasuk iblis? Tambahan pula sewaktu ditampar oleh ayahnya, David terus terdiam dan patuh.

Selepas perbicaraan selesai, Ed dan Lorraine juga digambarkan berbeza dari sudut pandangan Carl. Keluarga Glatzel akhirnya memberi pandangan bahawa pasangan itu mempunyai motif lain kerana mereka mengaut keuntungan dari peristiwa yang dialami David.

Pasangan Warren dikatakan telah mengambil alih semua maklumat dan dokumen dari keluarga Glatzel untuk menerbitkan sebuah buku. David menjelaskan, keluarga mereka hanya diberi sebanyak 4500 dolar AS sahaja sebagai pampasan. Sementara itu, pasangan tersebut mendapat 81000 dolar AS dan terus menghasilkan wang melalui filem Conjuring.

 

5. Sisi lain Judy Glatzel

f9956e81 2d45 4523 88a8 b5bc7c1b968bFilem The Devil on Trial ini juga ditutup dengan pengakuan yang lebih mengejutkan. Carl mendedahkan bahawa ibu mereka menghidap OCD. Setiap hari, dia melakukan rutin mencampur ubat tidur ke dalam makanan anak-anak dan suaminya. Fakta ini diketahui oleh Carl selepas dia dan isterinya memeriksa semua catatan ibunya yang telah meinggal dunia.

”Saya ingat ibu menyajikan makan malam dan pinggannya selalu berlainan. Jika kami makan spageti, kami makan dari pinggan lain,” ujar Carl.

Lebih lanjut, Carl mendakwa ubat tidur tersebut mempunyai kesan jangka panjang yang mempengaruhi hati, penambahan berat badan, dan juga halusinasi. Perkara ini pun menimbulkan sangkaan baru yang dikaitkan dengan sikap aneh David semasa kecil.
Walau begitu, David yang telah dewasa tidak percaya bahawa ibunya memasukkan ubat dalam makanan mereka. Dia juga membantah bahawa kejadian di masa lalunya adalah satu bentuk halusinasi.

Demikian sahaja penjelasan ending The Devil on Trial yang mencuri perhatian. Sudahkah anda tonton The Devil on Trial ini?

Baca lagi: 10 Siri Thriller dari UK di Netflix, Terbaru Bodies
Baca juga: Fakta Siri Terbaru Netflix “Bodies”, Kisah Pembunuhan dari 4 Zaman Berbeza dengan Seorang Mangsa yang Sama