Home Kdrama/Kmovie Fakta Siri Terbaru Netflix “Bodies”, Kisah Pembunuhan dari 4 Zaman Berbeza dengan...

Fakta Siri Terbaru Netflix “Bodies”, Kisah Pembunuhan dari 4 Zaman Berbeza dengan Seorang Mangsa yang Sama

0
Bodies

Pada bulan Oktober ini, Netflix kembali menyajikan siri dengan jalan cerita yang unik iaitu Bodies.

Siri “Bodies” ini diadaptasi dari novel grafik ini merupakan salah sebuah siri thriller yang dinanti-nantikan ramai penonton! Siri ini mempunyai jalan cerita yang unik dan para penonton perlu memberi fokus semasa menonton.

Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta menarik mengenai siri British yang bakal menemani anda nanti!

 

1. Diadaptasi dari novel grafik bertajuk Bodies

BodiesSiri ini diadaptasi dari novel grafik DC Vertigo dengan tajuk sama yang ditulis oleh Si Spencer dan diilustrasikan oleh Dean Ormston, Phil Winslade, Tuta Lotay, Megan Hetrik, dan Lee Loughridge. Novel grafik ini sudah dilancarkan sejak tahun 2014. Bodies mengisahkan tentang empat orang detektif dari empat zaman berbeza yang menemui mayat lelaki yang sama.

Beberapa orang pelakon membintangi siri ini adalah Shira Haas, Stephen Graham, Jacob Fortune-Lloyd, Kyle Soller, dan Amaka Okafor. Siri ini telah menjalani sesi penggambaran sejak bulan Mei hingga Oktober 2022 di beberapa buah bandaraya seperti Hull, Leeds Grimbsy, Bradford, dan Rotherham.

 

2. Berkisar pada empat orang detektif dari empat zaman yang berbeza yang menjumpai satu mayat yang sama

8c944413 95e1 4627 825b 5af097a32225Cerita dimulakan pada tahun 1890-an di England. Penemuan mayat misteri di jalanan dan tepat ketika Jack The Ripper pembunuh misteri paling berbahaya masih berkeliaran. Inspektor Edmond Hilinghead, detektif dengan cara kerja yang cekap ini ditugaskan untuk menangani kes tersebut. Namun, dia perlu berhati-hati kerana kemungkinan rahsia gelapnya juga akan terungkap.

Tahun 1941, Inspektor Charles Whiteman menguasai jalanan England. Suatu hari, dia menemui mangsa pembunuhan misteri. Ketika menangani kes ini, ada ketakutan yang menghantui diri inspektor tersebut kerana dia adalah tawanan Nazi di Poland yang berjaya melarikan diri dari kem tahanan.

Pada tahun 2023, ramai perusuh yang membawa api perkauman membuat kekacauan di England. Sarjan Detektif Shahara Hasan bertugas untuk meleraikan rusuhan tersebut. Ketika menemui mayat misteri di jalanan, dia tekad untuk mencari pembunuh sebenar karena kemungkinan besar kes ini adalah salah satu jalan untuk dia mengungkap sesuatu yang busuk dan jijik di negaranya sendiri.

Berlatarkan pasca-apokalips tahun 2053, seorang wanita amnesia bernama Maplewood menemui jasad tidak bernyawa seorang lelaki misteri. Ketika disiasat lebih lanjut, dia tersedar bahawa pembunuhan ini sangat identikal dan berhubung kait dengan kes yang terjadi beberapa dekad yang lalu.

Kunci utama kejadian aneh ini adalah Elias Mannix. Siapakah Elias Mannix dan apakah yang sebenarnya terjadi? Mampukah Edmond, Charles, Shahara, dan Maplewood menyelesaikan kes konspirasi yang berlangsung selama 150 tahun ini?

 

3. Bodies tayang sebanyak lapan episod bermula 19 Oktober 2023 di Netflix

NetflixSiri ini diarahkan oleh Marco Kreuzpaintner (episod 1-4) dan Haolu Wang (episod 5-8). Mengandungi banyak misteri dan konspirasi, siri ini tentu sahaja sesuai untuk anda yang meminati genre misteri dan thriller. Body khabarnya akan ditayangkan sebanyak lapan episod bermula 19 Oktober 2023 di Netflix. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 7 Filem tentang Kecelaruan Memori dan Identiti, Harus Tonton
Baca juga: 8 Siri Animasi Netflix Paling Ditunggu-tunggu di Penghujung 2023 Ini
Baca lagi: 6 Filem dan Siri Seram Mike Flanagan di Netflix, Menarik