Home Entertainment 10 Filem Komedi Korea Terlaris Sepanjang Masa

10 Filem Komedi Korea Terlaris Sepanjang Masa

0

Filem komedi Korea terlaris sepanjang masa diisi oleh cerita lucu serta menghiburkan yang digabungkan dengan genre lainnya, terutama aksi, drama kehidupan, kisah romantis dan keluarga.

Filem komedi Korea memang menjadi salah satu genre kegemaran peminat Kdrama kerana menyajikan cerita yang ringan dan menyenangkan untuk ditonton. Tidak hairanlah genre ini kerap menjadi tema utama, atau genre tambahan dari sebuah kisah dalam filem.

Berikut ini adalah 10 filem komedi Korea terlaris sepanjang masa yang anda boleh “binge-watch” sekali lagi!

 

10. Midnight Runners (2017)

IMG 5673

Filem aksi komedi ini menghasilkan pendapatan sebesar USD39.730.433. Di Korea, filemnya ditonton sehingga 5,6 juta dengan pendapatan USD33.046.925.

Midnight Runners mengisahkan tentang dua polis muda Park Ki-joon (Park Seo-joon) dan Kang Hee-yeol (Kang Ha-neul). Saat pulang dari sebuah kelab, keduanya terlibat sebuah kejadian yang mengharuskan mereka menentang organisasi perdagangan manusia.

 

9. Scandal Makers (2008)

IMG 5671

Filem drama komedi ini menghasilkan sejumlah pendapatan dari pawagam seluruh dunia sebesar USD41.745.790. Sementara di pawagam Korea, penontonnya mencapai 8,2 juta dengan penghasilan sehingga USD40.060.158.

Scandal Makers adalah kisah komedi yang mengharukan tentang Nam Hyeon-soo (Cha Tae-hyun), DJ radio dan selebriti terkenal berusia 30-an tahun yang juga bekas idol. Suatu hari, seorang gadis muda bernama Hwang Jung-nam (Park Bo-young) mengaku sebagai anaknya, sambil membawa anak kecil yang merupakan cucu Hyeon-soo. Hidup Hyeon-soo kacau bilau sejak kehadiran mereka.

 

8. Take Off (2009)

IMG 5670

Filem komedi Korea terlaris sepanjang masa berikutnya adalah Take Off. Filem berlatar dunia olahraga ini menghasilkan pendapatan kasar dari seluruh dunia sehingga USD52.172.984. Di Korea, jumlah penontonnya mencapai lebih dari 8 juta orang dengan penghasilan USD42.927.688.

Take Off mengisahkan perjuangan pasukan ski kebangsaan pertama Korea Selatan yang dibentuk khusus agar negara tersebut dapat mengajukan diri menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2002. Dibintangi Ha Jung-woo, Kim Dong-wook, dan Lee Eun-sung.

 

7. Confidential Assignment (2017)

IMG 5669

Confidential Assignment berjaya mengumpul pendapatan sehingga USD55.972.241. Di Korea, penontonnya mencapai 7,8 juta penonton dengan penghasilan USD48.065.964.

Confidential Assignment berkisah tentang detektif Im Chul-ryung (Hyun Bin) dari Korea Utara yang dikirim ke Korea Selatan untuk menangkap ketua penjenayah. Dia harus bekerjasama dengan detektif Kang Jin-tae (Yoo Hae-jin) untuk menangkap penjahat tersebut.

 

6. Miss Granny (2014)

IMG 5668

Miss Granny berhasil mengumpulkan penghasilan sehingga USD58.940.254. Untuk pasaran domestik, penghasilannya mencapai USD47.016.680 dari 8,6 juta penonton.

Miss Granny mengisahkan seorang nenek berusia 74 tahun bernama Oh Mal-soon (Na Moon-hee). Ketika dirinya masuk ke studio foto, dia berubah menjadi gadis muda (dilakonkan oleh Shin Eun-kyung). Dia kemudian terlibat dalam hubungan romantis dengan dua jejaka, yang dilakonkan oleh Park In-hwan dan Lee Jin-wook.

 

5. A Violent Prosecutor (2016)

IMG 5667

Filem thriller komedi ini mencapai penghasilan sehingga USD66.736.633. Jumlah penonton domestiknya mencapai sehingga 9,7 juta dengan penghasilan USD57.667.365.

A Violent Prosecutor bercerita tentang pendakwa raya Byun Jae-Wook (Hwang Jung-min) yang jujur tapi juga seorang yang panas baran. Kerana kerap menggunakan kekerasan ketika melakukan soal siasat, dia akhirnya dituduh membunuh seorang suspect, dan akhirnya dipenjara. Di sana, dia mula menjalani suka duka kehidupan sebagai banduan.

 

4. Exit (2019)

IMG 5666

Filem komedi Korea yang digabungkan dengan aksi ini mencapai penghasilan sebanyak USD69.501.772. Di negaranya, jumlah penonton filem ini mencapai 9,4 juta dengan pendapatan USD60.807.377.

Dibintangi oleh Jo Jong Suk dan Im Yoon-ah atau Yoona SNSD, filem ini menceritakan tentang bencana gas putih beracun yang melanda seluruh distrik di Seoul, Korea Selatan. Exit menampilkan aksi penyelamatan dan perjuangan diantara Yong Nam dan Ui Joo bagi memastikan keluarga mereka selamat. Walaupun berbalut drama namun aksi dan komedi drama ini berhasil dibawakan dengan begitu baik.

 

3. Veteran (2015)

IMG 5665

Filem komedi Korea yang juga turut digabungkan dengan aksi ini menghasilkan sehingga USD94.393.020. Di Korea, penontonnya mencapai 13,4 juta dengan penghasilan sebesar USD79.813.346.

Veteran bercerita tentang detektif Do-cheol (Hwang Jung-min) yang ingin menumpaskan villain Tae-oh (Yoo Ah-in) yang mempunyai kuasa ke atas polis yang korup. Ini kerana Tae-oh adalah anak chaebol dengan harta berlimpah. Filem ini juga dibintangi oleh Oh Dal-su.

 

2. The Thieves (2012)

Filem komedi

Filem ini mendapat pendapatan sehingga USD87.129.910. Di pawagam Korea, berhasil mengumpulkan 12,9 juta penonton dengan penghasilan sehingga USD69.909.707.

The Thieves mengisahkan sekumpulan pencuri profesional yang mendapat tugas dari kliennya untuk mencuri berlian berharga puluhan juta dolar dari tangan gangster China. Dibintangi Jun Ji-hyun, Kim Soo-hyun, Kim Hye-soo, dan Lee Jung-jae.

 

1. Extreme Job (2019)

Filem komedi korea

Extreme Job mengutip pendapatan sehingga USD119.932.733. Jumlah penontonnya di pawagam Korea melebihi angka 16,2 juta orang dengan penghasilan sehingga USD104.690,484.

Filem komedi Korea terlaris sepanjang masa ini mengisahkan para detektif muda yang menyamar menjadi pengurus restoran ayam untuk membongkar kes dadah. Namun ternyata resepi ayam buatan mereka disukai sehingga restorannya pun ramai pengunjung. Filem ini dibintangi oleh Ryu Seung-ryong, Lee Hanee, Jin Seon-kyu, Lee Dong-hwi, dan Gong Myung

Sumber: Korean Film Council

Baca lagi: Han Hyo Joo: 6 Watak Paling Padu Yang Dilakonkannya
Baca juga: 7 Kdrama 2023 Tema Detektif dan Kuasa Super