Home Artis Korea 12 Gambar Ryu Seung Ryong Di Sebalik Tabir Moving

12 Gambar Ryu Seung Ryong Di Sebalik Tabir Moving

0

Drama siri Moving yang ditayangkan di Disney+ Hotstar telah menyiarkan episod terakhirnya pada 20 September 2023. Drama siri ini banyak dibualkan di pelbagai platform kerana ceritanya yang menarik dan para pelakon kebanyakannya memang bertaraf bintang.

Salah seorang pelakon utama yang mencuri perhatian adalah Ryu Seung Ryong. Pelakon ini membawa watak bernama Jang Ju Won, watak bapa tunggal yang berusaha melindungi anak perempuannya. Kerana kasih sayangnya yang tulus kepada anaknya, Jang Hui Soo (Go Youn Jung) watak yang dibawa oleh Ryu Seung Ruong sangat disukai oleh para penonton.

Walaupun tergolong sebagai pelakon senior, Ryu Seung Ryong mengikuti perkembangan zaman dengan aktif berkongsi aktiviti hariannya di laman akaun Instagram. Dia bahkan sering berkongsi detik bersama-sama dengan para pelakon Moving.

Jom sama-sama kita lihat gambar belakang tabir Moving seperti berikut ini!

 

Moving
1. Umur mereka berbeza 13 tahun, Ryu Seung-ryong dan Kwak Sun Young sangat berjaya membawa watak sebagai suami isteri yang penuh kasih sayang. Keserasian mereka membuatkan penonton cair

 

f1143b39 160f 449b 95e0 5c2c57a6db82
2. Menjadi bapa dan anak dalam drama, adegan Ryu Seung-ryong dan Go Youn Jung memang berjaya membuatkan penonton banjir air mata

 

e67ca441 a391 4bc3 9c08 8052a60123be
3. Pesonanya bukan biasa-biasa, Ryu Seung-ryong dan Jo In Sung adalah rakan sekerja yang sanggup menjalankan misi berbahaya. Sangat sesuai jadi black agent!

 

4dcb181a ffff 4513 865b dd9833427306
4. Setelah bertahun-tahun menjadi bapa dan ibu tunggal, adegan Ryu Seung Ryong dan Han Hyo Joo bertemu kembali selalu ditunggu-tunggu para penonton. Kedua-duanya berjaya bekerja sama untuk melindungi buah hati mereka

 

Ryu Seung Ryong
5. Ryu Seung Ryong dan Kim Sung Kyun selalu bertemu dalam adegan penuh pertumpahan darah. Duo bapa dengan kuasa super yang sukar dikalahkan ini memang berjaya membuat para penonton terpaku di depan skrin tontonan

 

d0d4029f 44a0 496b 9d4b 6893a8c2d16e
6. Penuh dengan solekan untuk adegan berdarah bukan menjadi halangan untuk menikmati makanan di belakang tabir. Mengenyangkan perut tetap jadi keutamaan nombor satu!

 

90266a0d 03fa 45c8 8ddd 200a71208ab9

7. Dalam drama saling serang menyerang, Ryu Seung Ryong dan Ryu Seung Bum di belakang tabir sangat mesra dan rapat!

 

5f9489e8 d0d1 4fdc 8a20 8d88e9d7b4a5
8. Ryu Seung Ryong juga tidak lupa untuk mengabadikan detik dengan Baek Hyun Jin, Choi Duk Moon, dan Kim Guk Hee. Trio manusia kuasa super yang mempunyai latar belakang yang sangat memilukan

 

6db288d5 4522 4e4c 9da3 9df5b5791b55
9. Adegan mereka membuatkan bulu roma para penonton berdiri tegak, Ryu Seung Ryong dan Moon Jung Dae nampak hebat melakukan sesi penggambaran dalam air

 

0b39f197 29a4 4ed4 8672 e36570d29dbb
10. Adegan pertarungan Ryu Seung Ryong dan Yang Dong Geun patut diberi perhatian. Mereka adalah black agent dari Korea Selatan dan Korea Utara yang saling bermusuhan

 

99bac9df 358b 4526 b4b4 c8abe99023c1
11. Tidak dapat lari dari adegan aksi, gabungan antara Park Hee Soon dan Ryu Seung Ryong juga berjaya membuatkan penonton terpukau

 

e25dae00 76f3 4c71 9191 afbbbf1cf49c
12. Bukan hanya dengan sesama pelakon, Ryu Seung Ryong juga rapat dah akrab dengan setiap kru drama Moving

11eecf48 2b13 4efe a8ce 8432a933040b

Bukan hanya rajin berkongsi detik di lokasi penggambaran di hantaran media sosial sahaja, Ryu Seung Ryong juga aktif memuat naik story Instagram. Pelakon ini juga selalu repost hantaran dan story dari para peminat Kdrama Moving.

Baca lagi: 5 Fakta Pelakon Lagenda Ryu Seung Ryong, Raksasa dalam Moving
Baca juga: 10 Filem Komedi Korea Terlaris Sepanjang Masa