Home Entertainment 7 Kdrama 2023 Tema Detektif dan Kuasa Super

7 Kdrama 2023 Tema Detektif dan Kuasa Super

0

Kuasa dan kebolehan luar biasa adalah antara tema yang semakin digemari oleh para penggiat seni dan kini makin diangkat dalam Kdrama siri di Korea, tidak terkecuali dalam satu tahun terakhir ini.

Bukan hanya sebuah dua Kdrama tetapi terdapat beberapa drama siri Korea lain yang telah ditayangkan sepanjang tahun 2023 juga banyak menggabungkan aksi penyiasatan detektif dan juga kuasa super luar biasa.

Kdrama siri terbaru dengan tema tersebut adalah Behind Your Touch dibintangi oleh Han Ji-min , Lee Min-ki dan Suho yang ditayangkan bermula 12 Ogos 2023 yang lalu. Gabungan aksi detektif dan kuasa super luar biasa ini berjaya menggoncang dunia kejahatan.

Pasti anda tertanya-tanya Kdrama siri yang manakah menggabungkan dua elemen ini bukan? Tujuh Kdrama siri berikut ini wajib anda tonton!

 

59ee8807 df35 41f1 8401 37c614ca6f1f1. Drama siri Behind Your Touch menggabungkan aksi penyiasatan detektif dengan kuasa luar biasa seorang doktor haiwan yang boleh berkomunikasi dengan haiwan

 

75d8534e 13ad 4e51 b40d 420a760bd8882. Dalam drama siri Miraculous Brothers, seorang remaja tiba di masa depan selepas dia melarikan diri apabila dikejar oleh detektif yang ingin membunuhnya

 

5b3d8e87 e72a 4ee6 9e86 d259c9d85a783. Salah seorang anggota Counter dalam drama siri The Uncanny Counter 2 adalah detektif yang sangat handal. Mereka bekerja sama untuk menangkap roh jahat dan menghantar setiap roh jahat tersebut ke neraka

 

77b972e4 4d05 4ecc 8885 f82a883e0f6d4. Utusan dewa terlibat dalam masalah jenayah sewaktu turun ke bumi. Dia mencari cinta sejati yang boleh membebaskan sumpahan dalam Kokdu: Season of Deity

 

cffdd957 159d 4eb3 ada7 5bb921bdc11b5. Detektif dalam drama My Perfect Stranger adalah orang pertama yang percaya bahawa salah seorang rakannya berasal dari masa depan

 

39e7a8e1 4ea5 4ae9 b95e 7dc013cc93c36. Penyiasatan yang unik, roh detektif bekerja sama dengan pemandu teksi untuk menangkap pembunuh disajikan dengan jayanya dalam drama siri Korea, Delivery Man

 

Kdrama7. Aksi hebat dan luar biasa seorang pemuda dan lelaki tua dalam membantu roh di kampung orang mati yang jasadnya belum ditemui di dunia nyata. Gabungan lelaki hebat yang boleh berkomunikasi dengan roh dan juga bantuan dari detektif polis membuatkan penyiasatan mereka lebih menarik, boleh ditonton dalam Missing: The Other Side 2

Jangan ketinggalan untuk menonton tujuh Kdrama siri di atas jika anda mencari drama misteri bernuansa fantasi. Menggabungkan aksi yang luar biasa, tidak hairanlah jika plot dalam setiap Kdrama siri ini dianggap sangat memuaskan hati.

Baca lagi: 8 Watak Kdrama Miliki Kuasa Luar Biasa Sejak Kecil
Baca juga: Moving: Peranan 42 Watak, Ejen dan Adiwira