Home Artis Korea Yeri Red Velvet Cedera Sewaktu Tampil di Inkigayo, Kecederaan Serius?

Yeri Red Velvet Cedera Sewaktu Tampil di Inkigayo, Kecederaan Serius?

0

Yeri Red Velvet dikhabarkan mengalami kecederaan sewaktu tampil di acara Inkigayo SBS untuk promosi album terbaru kumpulannya yang bertajuk “Chill Kill” pada Ahad, 26 November 2023 yang lalu.

Para peminat menyedari perkara tersebut ketika Yeri kelihatan kesakitan sewaktu tampil dan terpaksa meninggalkan pentas selepas lagu terakhir. Khabarnya, bintang Kpop yang merupakan pelakon utama untuk drama Bitch X Rich itu terpaksa disuntik dan perlu menerima rawatan lanjutan.

 

1. Yeri kelihatan kesakitan sewaktu tampil di acara Inkigayo SBS

Yeri red velvetPada Ahad lalu, Red Velvet tampil di acara Inkigayo SBS dalam rangka promosi album terbaru mereka yang bertajuk “Chill Kill”.
Namun, salah satu detik yang menjadi sorotan netizen adalah ketika Yeri kelihatan seperti tidak sihat dan sangat kesakitan sewaktu melakukan koreografi lagu “Chill Kill”.

Berdasarkan video yang tersebar, kelihatan bahawa bintang idola kelahiran tahun 1999 itu menahan sakit di sekitar belakang badan ketika hendak kembali berdiri sewaktu sedang menari. Akibat kesakitan, Yeri perlu menahan keseimbangan badan dengan tangannya.

 

2. Yeri segera meninggalkan pentas dan tidak muncul dalam segmen acara live

YeriBerdasarkan keterangan para peminat, selepas penampilannya di Inkigayo berakhir, Yeri terus bergegas meninggalkan pentas.
Bukan hanya itu, bintang ini juga tidak dapat menyertai segmen live acara tersebut kerana perlu mendapatkan suntikan untuk belakangnya di hospital.

Berdasarkan maklumat dari para peminat, Irene juga tidak hadir untuk segmen live tersebut. Ramai peminat yang beranggapan bahawa ketua kumpulan Red Velvet itu menemani Yeri dalam perjalanan ke hospital.

 

3. Tulang belakang cakera (disc bones) teralih sehingga perlu menerima rawatan perubatan

46395b68 2b61 480a 883f ddc1af5803c4

Menurut seorang peminat yang menghadiri acara fansign, Yeri berkongsi cerita bahawa dia memang mengalami cedera pada cakera tulang belakang. Dia tergelincir sewaktu melakukan persiapan kemunculan Red Velvet.

“Oh Yeri baru sahaja mengesahkan bahawa dia sakit tulang cakera ketika sedang menyiapkan promosi dan kecederaan itu semakin parah,” tulis salah satu akaun peminat yang sempat mengikuti acara fansign Red Velvet.

Walaupun begitu, Reveluv (panggilan untuk peminat Red Velvet) tidak perlu bimbang kerana Yeri sudah mendapat suntikan untuk mengatasi sakitnya tersebut. Selepas promosi album “Chill Kill” selesai, dia akan menjalani rawatan penuh untuk kecederaan yang dialaminya.

“Dia mendapat suntikan dan akan pergi ke hospital untuk rawatan yang lebih lanjut selepas selesai promosi album.” Tambah peminat tersebut.

 

4. Bersemangat dan tetap hadir di acara fansign

bfb26de2 c1d6 4088 800b 6c55217ab41dWalaupun mengalami kecederaan yang cukup serius, Yeri masih bersikap profesional dan bersemangat. Maknae Red Velvet itu masih menghadirkan diri di acara fansign untuk bersua dengan Reveluv.

Yeri juga berkongsi cerita tentang keadaannya sewaktu tampil di Inkigayo yang telah memicu kebimbangan para peminat setianya. Bukan hanya itu, dengan sangat manis Yeri memastikan bahawa dia akan berkongsi berita terbaru pada Reveluv melalui platform Bubble. Semoga cepat sembuh Yeri!

Baca lagi: CASTLE IN THE TIME, Drama Cina Terbaru Park Min Young Tayang Disember 2023 Ini
Baca juga: 10 Kdrama dengan Rating Tertinggi pada 2023, Jadi Tumpuan Tiap Minggu