Home Kdrama/Kmovie 10 Kdrama dengan Rating Tertinggi pada 2023, Jadi Tumpuan Tiap Minggu

10 Kdrama dengan Rating Tertinggi pada 2023, Jadi Tumpuan Tiap Minggu

0

Anggapan bahawa Kdrama hanya mengangkat tema romantik atau cinta mula memudar dalam beberapa tahun belakangan ini.

Ternyata Kdrama muncul dengan pelbagai genre seperti thriller, seram, jenayah, aksi dan juga komedi. Bahkan selama 2 tahun berturut-turut, drama ‘non-romance’ berjaya meraih rating paling tinggi di seluruh Korea Selatan.

Jika pada tahun lalu Reborn Rich berjaya menyandang tempat pertama drama dengan rating paling tinggi, tempat pertama tersebut diraih oleh Taxi Driver 2 pada tahun 2023 ini. Drama thriller yang dibintangi oleh Lee Je Hoon tersebut berjaya meraih rating dua digit.

Selain Taxi Driver 2, Kdrama siri berikut ini juga turut meraih rating yang tinggi pada tahun 2023. Jom sama-sama kita lihat!

 

Kdrama1. Lee Je Hoon dan pasukan Teksi Pelangi menyapa para peminat melalui Kdrama Taxi Driver 2. Drama ini mendulang kejayaan dengan perolehan rating 21 peratus

 

cbb7bb34 e5cd 4e66 9532 a4e44987853f2. Raih rating 18.56 peratus, Kdrama Doctor Cha menceritakan perjuangan Uhm Jung Hwa sebagai suri rumah tangga yang ingin mengejar kerjanya kembali

 

317703ac d13f 4a7e 8902 aafcda1956773. Crash Course Romance merupakan drama romcom yang dibintangi oleh Jung Kyung Ho dan Jeon Do Yeon. Drama ini berhasil mendapat rating 17.03 peratus

 

ad73070d 9963 4d7b 92d0 ef641430f7d74. Drama hebat SBS, Dr. Romantic 3, kembali dengan musim terbarunya yang lebih menarik dan mencemaskan. Drama ini berjaya memperoleh rating 16.8 peratus

 

33547e56 16b2 490c 8514 0f1104addcb15. Agency memperoleh rating 16.04 peratus. Drama Korea ini merupakan penampilan julung kali Lee Bo Young selepas menyepikan diri selama 2 tahun

 

b6c33607 f52a 4903 bc05 627a79b2ffe66. Lee Junho dan Yoona berjaya menampilkan keserasian yang memukau dalam King The Land. Drama yang mengusung genre romcom ini meraih rating 13.78 peratus

 

f8bc77f0 f5ec 49d5 ae89 a8266f7f087c7. My Dearest merupakan satu-satunya drama sageuk yang menembusi rating dua digit, iaitu 12.9 peratus. Drama ini dibintangi oleh Nam Goong Min dan Ahn Eun Jin

 

69de25d9 57a7 42ed a5e1 613792db6966

8. Lakonan Lee Do Hyun dan Ra Mi Ran dalam drama The Good Bad Mother berjaya membuatkan penonton turut sama menangis. Drama ini memperoleh rating 12.03 peratus

 

5523550e b15e 4a16 beab 701ae5bcfe8a9. Payback: Money and Power memperoleh rating 11.4 peratus. Drama ini merupakan projek terakhir Lee Sun Kyun sebelum dia terjerat dengan kes dadah yang menggemparkan

 

Kdrama 202310. Penulis skrip terkenal, Kim Eun Hee, bekerjasama dalam projek terbarunya yang bertajuk The Revenant. Drama Kim Tae Ri ini meraih rating 11.2 peratus

Bagi anda yang sedang mencari rujukan tontonan yang menarik dan pastinya tidak membosankan, anda wajib menonton drama siri Korea yang ada dalam senarai di atas. Semua cerita yang ditampilkan akan membawa penonton dalam suasana teruja dan dibuai dengan pelbagai emosi dan pastinya tidak akan mengecewakan. Selamat menonton!

Baca lagi: CASTLE IN THE TIME, Drama Cina Terbaru Park Min Young Tayang Disember 2023 Ini
Baca juga: 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Kdrama ‘My Man is Cupid’, Bakal Tayang di Prime Video