Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Would You Marry Me: Jung So Min dan Choi Woo Shik Bintangi...

Would You Marry Me: Jung So Min dan Choi Woo Shik Bintangi Drama Baharu Dengan Kisah 90 Hari Perkahwinan Palsu

0

Ada khabar gembira buat para pencinta drama Korea romantik! Drama terbaharu lakonan Jung So Min dan Choi Woo Shik berjudul Would You Marry Me akhirnya diumumkan tayang.

Drama ini hadir dengan konsep unik yang pasti membuat penonton tertanya-tanya. Mari kita intip lima fakta menarik mengenai drama Would You Marry Me!

1. Bermula Dari Perkahwinan Kontrak 90 Hari

Would you marry me

Drama ini mengisahkan Kim Woo Joo (Choi Woo Shik) dan Yoo Mary (Jung So Min) yang melakukan perkahwinan palsu. Mereka bersetuju untuk berkahwin selama 90 hari sahaja demi memenangi sebuah rumah mewah yang dikhaskan untuk pasangan baharu.

Walaupun hubungan ini bermula hanya kerana urusan perniagaan, kita semua tahu dalam drama Korea, perkahwinan kontrak sering membawa kepada kisah cinta sebenar.

2. Pertemuan Yang Unik dan Tidak Disangka

IMG 9862

Kisah bermula apabila Yoo Mary, seorang pereka bentuk yang sedang mengembangkan perniagaannya, bertemu dengan Kim Woo Joo dan mencadangkan perkahwinan kontrak tersebut.

Terdapat sebab istimewa di sebalik cadangan itu, nama Kim Woo Joo serupa dengan bekas tunang Yoo Mary yang pernah membatalkan perkahwinan mereka. Kejadian unik ini menjadikan jalan cerita semakin menarik.

3. Pewaris Roti dan Ratu Reka Bentuk

IMG 9863

Dalam drama ini, Choi Woo Shik memegang watak Kim Woo Joo, pewaris kepada kedai roti tertua di Korea Selatan. Beliau digambarkan sebagai lelaki yang memiliki hampir segala-galanya, daripada kelebihan hingga kecerdikan.

Manakala Jung So Min pula membawa watak Yoo Mary, seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang bijak, berani dan penuh semangat dalam syarikat rekaannya sendiri, Mary Design. Pertemuan mereka yang berpunca daripada urusan perniagaan ini dijangka akan menghadirkan babak penuh manis, lucu dan tegang.

4. Genre Komedi Romantis Yang Sarat Emosi

IMG 9864

Would You Marry Me bergenre komedi romantik yang akan memadukan unsur cinta, komedi, dan sedikit ketegangan. Penonton bukan sahaja akan terhibur dengan gelagat lucu mereka yang berpura-pura sebagai pasangan, tetapi juga tersentuh dengan percikan cinta yang lahir di antara mereka. Gabungan suasana romantik dan lawak menjadikannya pilihan ideal untuk tontonan santai.

5. Akan Segera Ditayangkan

 

Khabar baik untuk semua! Drama Korea Would You Marry Me dijadualkan tayang pada 10 Oktober 2025 dengan jumlah 12 episod. Episod baharu akan ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu di Disney+. Dengan konsepnya yang segar, drama ini dijangka menjadi hiburan ringan yang sesuai untuk menghilangkan penat selepas seharian sibuk.

Itulah lima fakta menarik mengenai Would You Marry Me, drama romantik lakonan Choi Woo Shik dan Jung So Min. Walaupun belum lagi ditayangkan, peminat boleh mula menghitung hari untuk menyaksikan kisah cinta penuh kejutan ini.

Baca lagi: Oktober 2025, Ledakan Drama China Sarat Aksi, Cinta dan Dunia Pertarungan
Baca juga: Drama Korea 2025, Senarai Hits Baharu dengan Kisah Penuh Warna dan Emosi