Home Artis Korea Wonderful World Tampilkan Kim Nam Joo Selepas 6 Tahun Menyepi, Banyak Nasib...

Wonderful World Tampilkan Kim Nam Joo Selepas 6 Tahun Menyepi, Banyak Nasib Malang di Awal Episod

0

Pelakon wanita senior dari Korea Selatan iaitu Kim Nam Joo akhirnya muncul kembali dalam dunia drama melalui Kdrama Wonderful World selepas menyepikan diri selama 6 tahun. Kim Nam Joo kali terakhir tampil sebagai Go Hye Ran dalam drama Mitsy yang ditayangkan pada tahun 2018.

IMG 7076

Akhirnya kembali semula ke dunia seni lakon, Kim Nam Joo terus dipilih sebagai pelakon utama yang membawa watak bernama Eun Soo Hyun dalam drama Wonderful World. Menampilkan jalan cerita dengan konfilk yang sangat rumit dan menegangkan, Eun Soo Hyun terpaksa mengalami kejadian tragis dan malang banyak kali hingga merosakkan kehidupannya yang sempurna.

IMG 7172

Kehilangan satu-satunya anak lelaki kesayangannya untuk selama-lamanya sangat memeritkan, berikut dibawah ini adalah 8 nasib malang hidup Eun Soo Hyun di awal episod Wonderful World.

 

IMG 70481. Eun Soo Hyun perlu menanggung kedukaan dan kesedihan melampau atas pemergian anak lelakinya yang menjadi mangsa langgar lari

 

 

5552f6d6 13a4 4585 bcaf 4b5c2eb4433b2. Bukanya mendapat hukuman, pesalah tersebut telah bebas kerana mengambil kesempatan atas situasi Eun Soo Hyun yang dianggap cuai menjaga anaknya

 

 

IMG 71713. Walau tidak dapat menerima kenyataan pesalah tersebut dibebaskan, Eun Soo Hyun hanya ingin mendengar permintaan maaf dari pesalah tersebut kepada anaknya, tapi malangnya dia hanya menerima penghinaan

 

 

IMG 71704. Eun Soo Hyun yang merasa semakin sakit hati akhirnya gelap mata dan melanggar pesalah tersebut dengan keretanya hingga meninggal dunia

 

 

Wonderful world5. Sedar akan kesalahannya, Eun Soo Hyun tidak memilih untuk memohon hukuman lebih ringan telah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara oleh pihak mahkamah

 

 

74770223 bfd5 4540 9738 1d9f88d235126. Perkara tersebut membuatkan kerjaya cemerlang Eun Soo Hyun tamat dimana sebelum ini dia dikenali sebagai seorang profesor psikologi dan juga penulis terkenal

 

 

IMG 71737. Keadaan kesihatan mental Eun Soo Hyun juga mula terganggu hingga membuatnya tanpa sedar mencederakan dirinya sendiri ketika menjahit

 

 

c36e666e 0de4 49b7 9f5f 1a881e5345ee

8. Tidak ingin menjadi penghalang bagi suaminya yang ingin kembali menjadi wartawan, akhirnya Eun Soo Hyun memilih untuk mengakhiri hubungan mereka

Walaupun baru ditayangkan sebanyak dua episod, Wonderful World berjaya membuatkan emosi penonton berkecamuk dengan masalah yang perlu dihadapi oleh Eun Soo Hyun. Kehidupan Eun Soo Hyun yang pada awalnya dibaluti pelbagai kebahagiaan dan hampir sempurna berubah dipenuhi dengan nasib malang yang bertimpa-timpa.

Masih lagi ongoing dengan jumlah 14 episod, “Wondeful World” akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di MBC dan platform striming Disney+. Jangan lupa untuk menyaksikan episod seterusnya nanti ya!

Baca lagi: Cha Eun Woo Berjaya Bawa Watak Berbeza dan Sengit dalam Kdrama Misteri Thriller “Wonderful World”
Baca juga: Manjakan Diri Anda Dengan 9 Kdrama Baru Tayang Mac 2024