Home Disney+ Wonderful World: 5 Watak Licik dan Talam Dua Muka

Wonderful World: 5 Watak Licik dan Talam Dua Muka

0

Wonderful World menampilkan jalan cerita dengan konfilk yang sangat rumit dan menegangkan, Eun Soo Hyun terpaksa mengalami kejadian tragis dan malang banyak kali hingga merosakkan kehidupannya yang sempurna. Dia kehilangan satu-satunya anak lelaki kesayangannya untuk selama-lamanya.

Eun Soo Hyun yang merasa semakin sakit hati akhirnya gelap mata dan melanggar pesalah tersebut dengan keretanya hingga meninggal dunia. Selepas keluar dari penjara, Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) mengalami banyak konflik, terutamanya dengan orang-orang yang terdekat dengannya. Mendapat amanah untuk menjaga dan mengawasi anak mangsa kebakaran, Soo Hyun mendapat masalah baru.

Bukan hanya itu, pengkhianatan dari orang terdekatnya turut dirasakan Eun Soo Hyun dalam drama Wonderful World. Ternyata banyak watak talam dua muka. Mereka tidak boleh dipercayai. Mereka tampak baik di depan, namun ternyata menyimpan rahsia gelap masing-masing.

Berikut dibawah ini adalah watak-watak yang talam dua muka dalam drama Wonderful World.

 

1. Kang Su Ho

Wonderful worldSama seperti Eun Soo Hyun, Kang Su Ho (Kim Kang Woo) juga merasa kehilangan yang mendalam dengan pemergian anak lelakinya, Kang Gun Woo (Lee Joon). Kedua-dua mereka pernah bercerai semasa Soo Hyun berada di penjara selama tujuh tahun. Namun, Su Ho konsisten mengajak Soo Hyun untuk rujuk kerana perasaan cintanya masih sama kepada Soo Hyun.

Kebahagiaan mereka hanyalah sementara. Soo Hyun mendapat hantaran berupa gambar kecurangan suaminya dengan wanita misteri. Ingin tahu identiti perempuan simpanan Su Ho, Soo Hyun mengikuti ke mana sahaja Su Ho pergi. Siapa sangka, perempuan simpanan Su Ho adalah Yoon Hye Geum (Cha Soo Yeon), jiran depan rumah Eun Soo Hyun.

Baca lagi: Wonderful World Tampilkan Kim Nam Joo Selepas 6 Tahun Menyepi, Banyak Nasib Malang di Awal Episod

2. Han Yu Ri

e2540392 74cd 40c4 a6fc a08157fae5f9Han Yu Ri merupakan salah seorang teman dan juga saudara angkat yang selalu ada di samping Soo Hyun sewaktu dia berada di titik terendah dalam hidupnya. Soo Hyun begitu mempercayai Yu Ri, dia selalu bercerita tentang masalahnya, termasuk konflik rumah tangganya dengan Su Ho.

Kebenaran terungkap, pada hari yang sama sewaktu Su Ho curang, ternyata Yoon Hye Geum pergi ke luar negara. Plot twist mengejutkan! Yu Ri adalah wanita yang ada di dalam gambar mesra dengan Su Ho. Bagai petir menyambar, Soo Hyun tidak menyangka wanita yang dipercayainya sanggup menipu dan curang dengan suaminya.

Baca juga: Cha Eun Woo Berjaya Bawa Watak Berbeza dan Sengit dalam Kdrama Misteri Thriller “Wonderful World”

 

3. Kwon Seon Yol

850fa8ba d78d 4e9f aaa2 90f380a36d19Selepas keluar dari penjara, Soo Hyun mencari alamat Kwon Seon Yul (Cha Eun Woo), anak mangsa kebakaran yang disebabkan oleh kawannya di penjara. Soo Hyun melindungi dan memperhatikan dengan baik Kwon Seun Yol seperti permintaan kawannya. Namun, ternyata, Soo Hyun mendapati bahawa Kwon Seon Yol bukanlah anak mangsa kebakaran yang Soo Hyun cari.

Dia sengaja menukar identiti dengan Kwon Min Hyuk (Lee Ji Bin) untuk kepentingan sendiri. Kwon Seun Yol berniat mendekati Soo Hyun untuk balas dendam kerana Soo Hyun melanggar ayahnya hingga meninggal dunia.

Baca juga: Cha Eun Woo Bawa Watak Lelaki Misteri Kurang Bercakap dalam Wonderful World, Lelaki yang Menyimpan Trauma

4. Ibu mertua Eun Soo Hyun

e6971e73 d96b 4495 9daf 35776892c3d6Banyak pihak menyokong Kang Su Ho dan Eun Soo Hyun untuk rujuk kembali. Namun, tidak dengan ibu mertua Soo Hyun, dia secara diam-diam menyampaikan rasa tidak puas hati dengan keputusan rujuk yang dibuat oleh Su Ho. Di depan Su Ho, dia menunjukkan rasa cintanya kepada Soo Hyun.

Padahal, secara terpaksa dia menerima Su Ho untuk rujuk kerana Su Ho mengancam akan bunuh diri jika ibunya tidak setuju untuk mereka rujuk. Dia membenci Soo Hyun kerana dia merupakan bekas banduan yang menconteng nama baik Su Ho dan keluarga besarnya.

Baca juga: Wonderful World, Cha Eun Woo Tampil Berbeza dalam Kdrama Thriller Misteri Baharu 1 Mac 2024 Ini

5. Kim Joon

84a660f6 ace0 47e1 b15c c487ed7f7da4Kim Joon (Park Hyeok Kwon), merupakan ahli politik yang kini sedang mencalonkan diri menjadi presiden. Di depan kamera, banyak wartawan membuat liputan betapa baik dan dermawannya Kim Joon kepada kanak-kanak dan masyarakat

Namun, dia menyimpan rahsia hitam yang hanya diketahui oleh segelintir orang, salah seorang dari mereka yang mengetahui rahsianya adalah Kang Su Ho. Kim Joon curang dengan Yoon Hye Geum, dia meminta Hye Geum untuk pergi ke luar negara kerana tidak mahu usahanya untuk menjadi presiden sia-sia. Kim Joon juga melakukan penggubalan wang haram, yang digunakan untuk pembiayaan kempennya.

Setelah mengetahui pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang terdekatnya, apakah yang akan dilakukan oleh Soo Hyun? Adakah Kang Su Ho akan berjaya mencungkil rahsia gelap Kim Joon? Nantikan episod berikutnya “Wondeful World” ya.

Baca lagi: Wonderful World Episod 9: Cha Eun Woo Berjaya Memusnahkan Perkahwinan Kim Nam Joo
Baca juga: Wonderful World, 7 Kesan Amarah dan Dendam Kim Nam Joo