Home Disney+ Wonderful World, 7 Kesan Amarah dan Dendam Kim Nam Joo

Wonderful World, 7 Kesan Amarah dan Dendam Kim Nam Joo

0

Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) kehilangan satu-satunya anak dan buah hati kerana kemalangan jalan raya dalam drama siri Wonderful World (2024). Orang yang bertanggung jawab yang menyebabkan Kang Gun Woo (Lee Joon) cedera parah hingga akhirnya meninggal dunia pula langsung tidak menunjukkan rasa bersalah walau sedikit pun.

IMG 8982

Eun Soo Hyun menjadi geram hatinya dipenuhi kesumat dan akhirnya wanita tersebut memutuskan untuk balas dendam. Namun kesan perbuatan balas dendam yang dilakukan oleh Eun Soo Hyun bukan hanya berakhir dengan dirinya yang disumbat ke dalam penjara.

Berikut ini adalah beberapa kesan dan akibat buruk balas dendam kesumat dan amarah Eun Soo Hyun dalam drama siri Korea Wonderful World.

 

ee50def0 a8fd 4302 900a 2d3c57d27c77

1. Eun Soo Hyun mengaku telah membunuh Kwon Ji Woong (Oh Man Seok). Akhirnya pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara untuk wanita malang itu

 

 

1e1ee396 380c 4792 b34f 39f9090bf2c3
2. Oleh kerana dia dipenjarakan, Eun Soo Hyun terpaksa berjauhan dengan suaminya, Kang Soo Ho (Kim Kang Woo) dan dia juga dibenci oleh ibu mertuanya

Baca lagi: Wonderful World Tampilkan Kim Nam Joo Selepas 6 Tahun Menyepi, Banyak Nasib Malang di Awal Episod

 

be27d853 e2cd 462c 8e9f 7176eeb34e63
3. Selama dia berada dalam penjara, Kang Soo Ho sanggup berlaku curang dengan wanita lain dan dia mengakui perbuatan terkutuknya itu

 

 

b97ac8a0 8cc2 4313 8c16 0bbd5974afd5
4. Tanpa disedari dengan membunuh Kwon Ji Woong, Eun Soo Hyun juga telah menghancurkan sebuah keluarga lain

Baca juga: Cha Eun Woo Bawa Watak Lelaki Misteri Kurang Bercakap dalam Wonderful World, Lelaki yang Menyimpan Trauma

 

05cf4eb1 29c0 4c0a 9ebd d6d3bb6b9abf
5. Anak Kwon Ji Woong, Kwon Min Hyeok (Lim Ji Sub) mengalami kehidupan yang buruk dan penuh derita, selepas ayahnya meninggal dunia dan dia juga memilih untuk balas dendam

 

 

2a201ad5 a16b 4643 bd5c cbb7aff49a8e
6. Balas dendam yang dilakukan oleh Kwon Min Hyeok ini telah membuatkan Eun Soo Hyun tidak boleh hidup dengan tenang

 

 

Wonderful world
7. Bukan hanya mengancam nyawa dan keselamatan Eun Soo Hyun, lelaki itu juga turut mensasarkan keluarganya. Dendam memang memusnahkan

Kehilangan anak rupa-rupanya bukanlah satu-satunya cubaan dan dugaan besar dalam hidup Eun Soo Hyun. Adakah dia boleh menangani semua masalahnya dengan baik dan kembali hidup bahagia? Nantikan sambungan kisah ibu malang ini dalam episod seterusnya drama siri Wonderful World.

Baca juga: Wonderful World, Cha Eun Woo Tampil Berbeza dalam Kdrama Thriller Misteri Baharu 1 Mac 2024 Ini