Home News Waw! Ni kerjaya 5 Artis Kdrama ni Sebelum Jadi Terkenal!

Waw! Ni kerjaya 5 Artis Kdrama ni Sebelum Jadi Terkenal!

0

Kalau kita bercakap mengenai artis popular Korea, kita mesti rasa yang diaorang ni lahir-lahir je dah memang famous kan? Haa, tapi ni memang memeranjatkan tau apabila 5 orang artis Korea ni sebelum meningtkat naik jadi terkenal, ada yang pernah bekerja sebagai jurujual, pramugari dan bermacam-macam lagi!

Kim Tae-ri: Jurujual 

03805141 aafa 4c20 be10 3db3fb03459f 7390c88c

Kim Tae-ri ni memang seorang yang kerja keras, sebelum terkenal melalui drama Twenty-Five Twenty One dan Mr Sunshine, menurut Soompi, Kim pernah melakukan pelbagai kerja sambilan seperti bekerja di kedai runcit dan makanan segera, model bagi iklan TV komersial dan muzik video.

Go Min-si: Perancang Perkahwinan 

 

1a1cc571 723f 42b9 a4b5 f8c3bb0ccdca 7390c88c

Pelakon drama, Youth of May & Sweet Home ini pernah bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menjadi pelakon. Selepas menamatkan pengajian nya, dia telah bekerja sebagai perancang perkahwinan. Dia memberitahu Sports Kyunghyang, walaupun dari kecil lagi dia memang bercita-cita untuk menjadi pelakon, dia percaya bahawa dia lebih sesuai menjadi seorang perancang perkahwinan, selepas membaca artikel mengenai industri perkahwinan pada masa akan datang. Selepas bekerja selama tiga tahun, Go Min-si telah mengambil keputusan untuk berhenti dan memilih karier sebagai pelakon.

Pyo Ye-jin: Pramugari 

8e58866a df26 4b76 9289 18006b9e1f6b cdc77127

Sebelum memulakan karier lakonan dalam drama Fight for My Way & Taxi DriverPyo-Ye jin pernah menjadi pramugari muda bagi penerbangan termuka di Korea Selatan, Korean Air. Menurut Koreaboo, usianya baru 19 tahun ketika dia bekerja sebagai pramugari. Selepas mendapat peluang untuk menjadi seorang pelakon, dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pramugari. Ketika temubual di I Live Alone, dia telah memberitahu bahawa pramugari bukan lah karier yang sesuai untuknya, dan dia telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelakon.

f8d53ca4 890e 4279 be8f 5405996254ec 382b825d

Kim Min-seok: Tukang Masak di Restoran Jepun 

f21755c6 95e7 4c24 9167 dc92dc7fb33e fa2eb17e

Kim Min-seok terkenal selepas menjadi pelakon pembantu dalam drama bersiri popular, Descendants of the Sun & The Doctorsmemulakan karier dengan bekerja di restoran Jepun di awal usia 17 tahun bagi membantu keluarganya yang susah. Dia menceritakan pengalaman menghantar sashimi dan bermula bekerja di dapur.

So Ji-sub: Perenang Profesional 

c5e6c0ce 2a7f 426f b443 88ca76945698 d7491f3d

Segelintir aktor memulakan karier di dalam bidang sukan, misalnya seperti Song-Joong ki yang pernah menjadi pelari pecut dan Song-Hye kyo seorang pemain skate. Menurut Rumour Has It, So Ji-ub pernah menjadi perenang profesional selama 9 tahun dan pernah mendapat tajaan daripada Korea National Sport University.

Dia juga pernah menjadi model bagi menampung kehidupan sebelum beberapa peluang berlakon menerpanya, sekarang kita dapat melihat dia dalam drama bersiri Dr Lawyer

Sumber: South China Morning Post