Home Entertainment Pelakon Lelaki Yang Direman Selepas Pukul Penghuni Kondominium, Dibebaskan

Pelakon Lelaki Yang Direman Selepas Pukul Penghuni Kondominium, Dibebaskan

0

Seorang pelakon lelaki yang berusia lingkungan dalam 30-an telah ditahan reman tiga hari yang lalu selepas disyaki menumbuk juga tendang seorang penduduk kondominium, akan dibebaskan esok dengan jaminan polis.

Pelakon terkenal itu akan dibebaskan selepas siasatan lengkap dilakukan oleh pihak polis, selain juga tempoh tahanan reman akan berakhir pada esok hari.

Memetik kata daripada Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihak nya telah melengkapakan kertas siasatan dan akan dibawa rujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya esok.

Dia akan diberi jaminan daripada polis sebelum kita bebaskan esok di Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul,esok. Siasatan kes pun dah lengkap,” ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

Kejadian itu berlaku semalam di mana, pelakon terkenal tanah air itu direman selama tiga hari selepas disyaki mencederakan dengan menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, pada malam Khamis lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium yang sama telah mencederakan mangsa sejurus selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak telah dihalang masuk ke kawasan kondominium itu oleh pengawal keselamatan.

Rentetan itu, pertengkaran mulut telah berlaku di antara mangsa dan juga pengawal keselamatan sebelum pelakon itu dikata menghampiri lokasi kejadian dan telah melakukan tindakan mencederakan mangsa.

Sumber: BHarian 

Baca artikel terdahulu: Ahli Running Man terkejut selepas dengar kenyataan dari Song Ji Hyo?