Home Kdrama/Kmovie 2 Idola K-Pop Ini Terjerat Dalam Cinta Tiga Segi?

2 Idola K-Pop Ini Terjerat Dalam Cinta Tiga Segi?

0

Jarang sekali untuk peminat k-drama menonton drama yang melibatkan idola K-Pop. Apatah lagi yang mengisahkan kehidupan mereka di dalam industri hiburan.

Di dalam drama ‘Miracle’ peminat K-drama dan K-Pop boleh membayangkan kehidupan sebenar seorang idola di dalam industri hiburan K-Pop. Miracle merupakan salah satu drama Viu Original dengan genre romantik.

Drama ini akan membuatkan hati anda berbunga-bunga dengan kisah cinta para idola K-Pop. Drama Miracle ini akan dibintangi oleh pelakon yang hebat, iaitu dua orang anggota dari boy group SF9, Chani dan Hwiyoung dan juga Kang Min Ah.

Screenshot 2022 06 20 150832

Sekadar berkongsi, Chani merupakan bekas pelakon kanak-kanak. Dia pernah membintangi salah satu drama popular Korea suatu ketika dahulu iaitu ‘Sky Castle’.

Manakala Hwiyoung, dia juga sudah lama menceburi bidang lakonan dan salah satu drama popular yang pernah Hwiyoung terlibat ialah ‘Was It Love’.

Pelakon utama wanita di dalam drama ini ialah Kang Min Ah. Dia telah memulakan kariernya sebagai seorang pelakon sejak tahun 2009 lagi dan telah membintangi drama popular seperti True Beauty, Memorist dan Beyond Evil.

rKRyZ 4c

Sekarang jom kita baca sinopsis untuk drama Miracle ini!

 

Sinopsis Miracle

Drama “Miracle” ini mengisahkan tentang tentang dugaan orang muda dan cara mereka mengatasi masalah mereka demi mencapai impian mereka.

Min Si Woo (lakonan Hwiyoung SF9) menjadi seorang idola K-Pop kerana dia mahu memenuhi impian kawan baik zaman kanak-kanaknya iaitu Lee So Rin (lakonan Kang Min Ah).

Lee So Rin ialah seorang pekerja yang bekerja di agensi Core Entertainment, agensi yang menempatkan Min Si Woo.

Miracle d kdramadiary.jpg 202x300 1

Pada suatu hari, Min Si Woo bertemu dengan So Rin, yang pada ketika itu sedang menghadiri ‘fan-meeting’. Bagaimanapun, dia secara tidak sengaja terserempak dengan Louis (lakonan Chani SF9) yang cuba melarikan diri. Mereka bertiga terlibat dalam kisah cinta tiga segi yang sangat mengelirukan.

Drama ini mempunyai 14 episod, berdurasi 40 minit dan akan ditayangkan di Viu pada 24 Jun ini. Sambil-sambil kita tunggu drama ini ditayangkan, bolehlah layan drama dan filem terbaru yang lain di Viu!

Untuk mengelakkan dari sebarang iklan, jangan lupa aktifkan akaun anda kepada akaun Premium.