Home Entertainment “Lah Muka Hensem Tapi Kaki Buli ke?”, Aktor Nam Joo Hyuk Dituduh...

“Lah Muka Hensem Tapi Kaki Buli ke?”, Aktor Nam Joo Hyuk Dituduh Membuli Ketika Sekolah

0

Amaran kandungan: Artikel ada menyiarkan tentang keganasan, gangguan, PTSD. Budi bicara pembaca adalah dinasihatkan

Pada 20 Jun, sebuah media tempatan Korea Selatan mengeluarkan kenyataan tentang aktor popular, Nam Joo Hyuk, yang dilaporkan pernah terlibat dengan kes buli ketika di bangku persekolahan. Seorang pengadu misteri telah mendedahkan buku tahunan sekolah yang mengandungi gambar aktor tersebut serta memaklumkan bahawa aktor itu terlibat dengan buli, gangguan seperti memeras ugut, mencuri duit dan sebagainya.

njh main 2

Pengadu itu juga turut mendakwa bahawa Nam Joo Hyuk pernah membuli nya dengan membaling dakwat isi semula pensel picit dan menarik kerusinya. Dia juga mendedahkan bahawa dua lagi mangsa buli sedang mengalami trauma yang teruk dan mendapatkan bantuan psikologi dan kaunseling. Ada yang tidak mahu menonton TV gara gara aktor itu membintangi beberapa Kdrama yang popular di negara tersebut.

Individu tersebut memaklumkan bahawa dia tidak mahu apa apa daripada orang awam tetapi ingin membantu orang lain yang pernah menghadapi situasi yang sama dan berharap keadilan diberikan kepada mereka. Setakat laporan ini ditulis, tiada respon yang diberikan oleh aktor tersebut termasuk dengan agensi.

Nam Joo Hyuk telah memulakan karier nya sebagai model sebelum muncul dalam beberapa muzik video, dan memulakan langkah dalam bidang lakonan selepas membintangi drama 2014, “The Idle Mermaid”. Dia juga pernah membintangi drama Who Are You: School 2015, dan telah menjadi pameran utama bagi drama bersiri Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016), The Bride of Habaek (2017), The Light in Your Eyes (2019), The School Nurse Files (2020), Start Up (2020) & Twenty-Five Twenty-One (2022).

Sumber: Pinkvilla