Home Entertainment Watak Lee Jung Jae Dan Lee Byung Hyun Di Dalam Squid Game...

Watak Lee Jung Jae Dan Lee Byung Hyun Di Dalam Squid Game Musim Ke-2 Bocor, Kang Sae Byeok Ada Kembar?

0

Pengarah Hwang Dong-hyuk bercakap tentang watak utama dalam Musim ke-2 siri asal Netflix “Squid Game”.

Pengarah “Squid Game” Hwang Dong-hyuk muncul di Deadline Contenders Television di Paramount Studios di Los Angeles, California, A.S. pada 9 April (waktu tempatan).

dummy 1

Menurut Deadline, pengarah Hwang berkata, “Sung Ki-hoon pasti akan kembali. Saya percaya Front Man juga akan kembali”.

Pada penghujung Squid Game 1, Sung Ki-hoon yang dilakonkan oleh Lee Jung-jae memberikan petunjuk yang dia akan kembali.

Namun, ini adalah kali pertama Lee Byung-hun, yang memegang watak sebagai Front Man, dikatakan kembali di dalam cerita itu.

lee byung hun is named long before the front man reveal 1633528571

Terdahulu, di dalam sebuah temu bual, pelakon Lee Jung-jae pernah berkata, “Saya mahu berlakon bersama Lee Byung-hun dalam Musim 2“.

Pada bulan Mac lalu, di ‘Red Carpet’ Anugerah U.S PGA., apabila ditanya mengenai watak Kang Sae-byeok yang dilakonkan oleh Jung Ho-yeon pengarah Hwang berkata, “Bagaimana jika Kang Sae-byeok mempunyai adik kembar?”.

Baca lagi: Seorang Netizen Disaman JTBC Kerana Komennya Tentang ‘Snowdrop’

Baca lagi: Kecoh Sedunia, Ini Rupanya Perkara Yang Dibisik V Ke Telinga Olivia Rodrigo Di Grammy

Jung Ho yeon 1403221

Walaupun ia hanya sekadar gurauan, tetapi kemungkinan kemunculan semulanya masih tinggi, memandangkan populariti global yang diperoleh Jung Ho-yeon.

Pengarah itu sendiri yang mengusik kepada Deadline tentang kemunculan semula Jung Ho-yeon sebagai adik kembarnya yang jahat.

Sumber: [1]