Baru- baru ini, keluar khabar angin yang mengatakan pelakon cantik Song Hye Kyo sedang bercinta dengan pelakon utama lelaki “Now, We Are Breaking Up” Jang Ki Yong yang berusia 11 tahun lebih muda darinya.

Mereka mula dikatakan bercinta hanya kerana chemistry yang sangat baik di dalam drama tersebut. Namun, baru- baru ini netizen telah menemui satu bukti yang mengesahkan pasangan ini sedang benar- benar bercinta.

song hye kyo dan jang ki yong ungkap selfie bersama setelah sukses tayang perdananow we are breaking up drama raih rating baru yang mengesankan

Pada Januari lalu, Song Hye Kyo telah ‘post’ beberapa gambar bersama para pelakon ‘Now, We Are Breaking Up’ di Instagram. Sekaligus, meraikan kejayaan drama tersebut.

Namun, netizen perasan, di saat semua pelakon sedang bergambar bersama, Jang Ki Yong senyap-senyap meletakkan tangannya di bahu Song Hye Kyo dan memeluknya dari belakang.

Artikel berkaitan: Jang Ki Yong Mengaku Song Hye Kyo Ada Datang Melawatnya Di Kem Tentera

asasda

Mereka berdua kelihatan selesa bersama sambil tersenyum lebar. Detail ini telah membuatkan peminat percaya bahawa mereka memang mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Terbaru, Jang Ki Yong telah membuat kemunculannya di ‘Cultwo Show’ dan menceritakan bahawa Song Hye Kyo dan pelakon yang lain telah datang mengunjunginya di kem ketenteraan.

Hubungan mereka pastinya sangat dekat sehinggakan Song Hye Kyo sanggup meluangkan masanya untuk melawat Jang Ki Yong.

Untuk pengetahuan, Song Hye Kyo tidak pernah mengikuti mana-mana pelakon lelaki (yang berlakon bersamanya) di Instagram, tetapi menariknya dia memilih untuk ‘follow’ Jang Ki Yong.

abfe3cb2 7497 11ea ab8f 988daf8efd6f image hires 104519

Sementara itu, sebelum ini Song Hye Kyo telah terlibat dengan 3 cinta lokasi. Dimulai dengan Lee Byung Hun, Hyun Bin dan yang terakhir Song Joong Ki yang akhirnya telah menjadi suaminya walaupun tidak bertahan lama.

Previous articleWatak Lee Jung Jae Dan Lee Byung Hyun Di Dalam Squid Game Musim Ke-2 Bocor, Kang Sae Byeok Ada Kembar?
Next articleKenapa Sesetengah Orang Korea Suka Makan Makanan Pedas