Home Artis Korea Walking On Thin Ice, Penampilan Sulung Lee Young Ae di KBS Selepas...

Walking On Thin Ice, Penampilan Sulung Lee Young Ae di KBS Selepas 26 Tahun

0

Walking On Thin Ice, Debut Lee Young Ae di KBS Selepas 26 Tahun

Drama Korea Walking On Thin Ice merupakan drama thriller jenayah yang ditayangkan perdana pada 20 September 2025. Dibintangi oleh dua nama besar, Lee Young Ae dan Kim Young Kwang, drama ini menyorot hubungan berbahaya antara seorang ibu dan seorang guru yang menyimpan kehidupan berganda tanpa pengetahuan sesiapa.

Lebih menarik, drama arahan Song Hyun Wook ini menjadi penampilan pertama Lee Young Ae di saluran KBS selepas 26 tahun beliau bergiat dalam dunia seni.

1. Penampilan Sulung Lee Young Ae di Saluran KBS

Walking On Thin Ice

Walaupun sudah lebih dua dekad berlakon, Lee Young Ae tidak pernah muncul dalam drama KBS. Dalam Walking On Thin Ice, beliau memegang watak Kang Eun Soo, seorang suri rumah yang terhimpit kesusahan kerana suaminya, Park Do Jin (Bae Soo Bin), sedang berjuang melawan barah. Penyakit itu bukan sahaja meragut kebahagiaan, malah hampir menghancurkan kewangan keluarga mereka.

Lee Young Ae berkongsi:

“Saya rasa penonton akan lebih merasai cerita ini jika mereka bertanya kepada diri sendiri, ‘Apa yang akan saya lakukan jika saya berada di tempat Eun Soo?’. Setiap emosi watak akan membawa penonton lebih tenggelam dalam cerita. Contohnya pada adegan ketika Eun Soo meledak buat kali pertama akibat masalah keluarga, ia benar-benar akan menunjukkan perubahan besar dalam diri watak ini.”

2. Adegan Aksi Antara Polis dan Sindiket Narkotik

5e1cf538 7c01 4343 92f7 f32fd85aabbe

Selain kisah Kang Eun Soo, penonton juga akan dibawa ke dunia penuh bahaya antara pihak polis dan sindiket pengedar dadah bernama Phantom. Konflik tercetus apabila sebuah beg berisi dadah hilang, sekali gus mencetuskan buruan besar-besaran.

Pelakon Park Yong Woo, yang memegang watak detektif veteran Jang Tae Goo, berkata:

“Drama ini sarat dengan kelebihan. Yang paling penting, saya mahu penonton memberi perhatian kepada lakonan para pelakon. Alurnya penuh kejutan dan tidak dijangka. Ia sebuah drama langka yang menggabungkan hiburan mendebarkan serta emosi yang meninggalkan kesan mendalam.”

Baca juga: Kejutan Minggu Pertama Walking on Thin Ice: Kim Young Kwang Bawa Sisi Gelap Disamping Lee Young Ae

3. Hubungan Antara Watak yang Sarat Emosi

7d21b129 69e9 4266 99db 67c53e473efd

Kehilangan beg narkotik itu menghubungkan semua watak dengan cara yang tidak dijangka. Kang Eun Soo mengambil keputusan menyimpan beg tersebut demi membiayai rawatan suaminya, lalu terjebak bekerjasama dengan ketua sindiket Phantom, Lee Kyung (Kim Young Kwang).

Dalam masa yang sama, detektif Jang Tae Goo pula terobsesi mahu membongkar kebenaran tentang Phantom. Percantuman antara obsesi, rahsia dan perjuangan hidup ini mencetuskan ketegangan sejak episod pertama.

Kim Young Kwang menambah:

“Melalui kisah watak-watak yang hancur kemudian bangkit semula, penonton akan melihat betapa besar kesan sebuah pilihan yang dibuat oleh seseorang. Saya berharap penonton akan turut sama menyelami gejolak batin yang dipaparkan dalam drama ini.”

Tarikh Tayangan

Walking On Thin Ice telah pun ditayang perdana pada 20 September 2025. Dengan gabungan kisah keluarga yang tragis, konflik penuh emosi, dan aksi mendebarkan, drama ini dijangka menjadi antara tontonan wajib untuk peminat thriller Korea.

Baca lagi: Drama Korea 2025, Senarai Hits Baharu dengan Kisah Penuh Warna dan Emosi
Baca juga: First Lady, Drama Korea Sarat Konflik Rumah Tangga dan Pertarungan Politik