Home Kdrama/Kmovie Drama Korea First Lady, Drama Korea Sarat Konflik Rumah Tangga dan Pertarungan Politik

First Lady, Drama Korea Sarat Konflik Rumah Tangga dan Pertarungan Politik

0
First lady

First Lady, Kisah Rumah Tangga dan Kuasa Politik yang Sarat Konflik!

Drama ini bermula sejurus selepas Hyun Min-cheol (Ji Hyun-woo) memenangi pilihan raya presiden. Hanya 67 hari sebelum pelantikannya, dia mengejutkan isterinya, Cha Soo-yeon (Eugene), dengan tuntutan untuk bercerai.

Drama Korea “First Lady” hadir dengan jalan cerita penuh strategi politik yang bersulam konflik rumah tangga yang rumit. Drama ini menampilkan gabungan antara kisah peribadi pasangan suami isteri dan perebutan kuasa politik yang mendebarkan, apabila Soo-yeon berjuang untuk mencapai impiannya yang telah lama dipegang sebagai Wanita Pertama Negara.

Hubungan rumah tangga mereka yang sudah tegang semakin bergolak apabila rahsia besar mula terbongkar. Kehadiran orang ketiga, Shin Hae Rin (Lee Min Young), menambahkan lagi percikan api konflik yang tidak disangka.

Nak tahu fakta-fakta menarik lain tentang drama ini sebelum anda mula menontonnya sekejap lagi? Jom teruskan baca di artikel bawah:

Jumlah Episod dan Jadual Tayangan

IMG 9214

Drama First Lady menampilkan 12 episod menarik yang disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis. Berikut jadual tayangannya:

Episod 1: Rabu, 24 September 2025
Episod 2: Khamis, 25 September 2025
Episod 3: Rabu, 1 Oktober 2025
Episod 4: Khamis, 2 Oktober 2025
Episod 5: Rabu, 8 Oktober 2025
Episod 6: Khamis, 9 Oktober 2025
Episod 7: Rabu, 15 Oktober 2025
Episod 8: Khamis, 16 Oktober 2025
Episod 9: Rabu, 22 Oktober 2025
Episod 10: Khamis, 23 Oktober 2025
Episod 11: Rabu, 29 Oktober 2025
Episod 12: Khamis, 30 Oktober 2025

Cara Menonton First Lady

First lady

Drama ini disiarkan secara eksklusif melalui saluran MBN di Korea Selatan. Untuk penonton antarabangsa, ia boleh ditonton di platform penstriman Viki dan Netflix (bagi yang melanggan).

Di Korea, tayangan bermula pada jam 22.20 KST, manakala di platform penstriman, ia akan dimuatkan dengan perbezaan masa sekitar dua jam kemudian.

Mengapa First Lady Harus Ditonton?

d2aa7ad0 35ec 44b8 abd3 f0d2e64e600dFirst Lady bukan sekadar drama keluarga, tetapi turut menyingkap perebutan kuasa politik yang penuh kejutan. Gabungan kisah rumah tangga, rahsia peribadi, cinta tiga segi dan ambisi kuasa menjadikan drama ini sarat dengan emosi yang bakal membuat penonton teruja dalam setiap episod.

Dengan hanya 12 episod padat, penonton akan dibawa menyelami konflik antara cinta dan kuasa, sebuah drama yang dijangka meninggalkan kesan mendalam. Jangan lupa strim di Netflix bermula 24 September ini ya!

Baca lagi: Kejutan Minggu Pertama Walking on Thin Ice: Kim Young Kwang Bawa Sisi Gelap Disamping Lee Young Ae
Baca juga: “No Other Choice”, Filem Korea Baharu Sarat Konflik, Emosi dan Kisah Kehidupan