Meskipun sudah menginjak usia 35 tahun dan cukup dewasa untuk membuat keputusan, namun berbeza bagi anggota kumpulan 2PM, Taecyeon yang masih mengharapkan kedua-dua ibu bapa menguruskan perihal kewangannya.

Pelakon Cinderella’s Sister itu bahkan mendedahkan, ibu bapanya masih memberikan wang belanja buatnya tak ubah seperti masih di bangku sekolah.

Taecyeon e1648108639262

“Ibu bapa yang mengurus dan mengawal kewangan saya. Walaupun sudah berusia 35 tahun tapi masih menerima duit belanja daripada mereka.

“Mungkin bagi setengah orang perkara tersebut agak janggal kerana masih mengharapkan ibu bapa untuk menguruskan kewangan peribadi, tetapi tidak bagi saya. Saya bahagia dengan cara ini,” katanya.

Pendedahan tersebut dibuat pelakon drama popular, Vincenzo itu ketika ditemu bual bersama majalah Star 1 baru-baru ini.

84247670

Terdahulu, namanya tular dalam media sosial selepas beberapa berita palsu tersiar mengaitkan dirinya berdepan dengan masalah alkohol.

Berkesempatan memperbetulkan keadaan, dia menepis sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas tersebut.

“Saya rasa beberapa berita palsu sudah tersebar. Keinginan saya terhadap minuman keras tidak terlalu tinggi.

“Kalau dahulu, jumlah botol yang diminum jadi keutamaan tapi sekarang saya lebih tertarik kepada rasa minuman itu,” jelasnya.

Baca Lagi: Digelar ‘Barbie Korea’, Han Chae Young, 41 Dicemburui Orang Ramai Kerana Kecantikan Dan Mempunyai Suami Yang Kaya-Raya

Baca: Lagi: Jihyo TWICE Terkejut Sebaik Sahaja Tahu Berita Tentang Maknae NMIXX, Kyujin Ini

Sumber: [1]

Previous article“Kalau Mereka Berlainan Jantina Pasti Mereka Akan Terlibat Dengan Gosip Dating”-Netizen
Next articleImpian Si Juruwang Untuk Menyelesaikan Kes Pembunuhan Ini Akan Membuatkan Anda Ketawa Dan Berasa Teruja