Seperti yang kita tahu, ramai netizen seringkali menghabiskan masa mereka dengan mencari bukti-bukti percintaan antara selebriti pilihan mereka.

Salah satu cara adalah dengan mencari petunjuk di Instagram. Ada masa selebriti itu akan dilihat berada di lokasi yang sama pada masa yang sama atau dilihat memakai pakaian yang hampir sama.

netizen temukan kemiripan postingan ig 5f6dd4

Baru-baru ini, akaun media sosial yang dipanggil ‘Idol Issue’ telah mencipta satu posting yang mengatakan bahawa Suzy dan Rose BLACKPINK akan terlibat dalam khabar angin bercinta jika mereka berlainan jantina.

Ini kerana kedua-duanya mempunyai begitu banyak persamaan ‘post’ di Instagram yang menjadikannya kelihatan seperti sedang bercinta.

Ini termasuklah Instagram Suzy dan Rose yang mengandungi kapsyen yang sama, lokasi yang sama dan petunjuk kecil yang Suzy akan merujuk kepada Rose.

1648052414 276166017 5093122420747491 1666104376572222191 n

Kapsyen yang sama

1648052426 277030854 501162481633641 1559132920310710932 n

Tempat yang sama 1

1648052436 277151414 361354259223577 885787679096465871 n

Tempat yang sama 2

1648052449 276159164 985373245429998 2297932416672373219 n

1648052455 276172845 359208556162147 3025594945682685710 n

Tempat yang sama 3, pada masa yang sama

1648052473 276967628 121433110286623 7853886242109030785 n

1648052480 277028960 675988917052163 5858012087177483222 n

Tempat yang sama 4

1648052496 276986308 691696552274041 9151613065261272763 n

Suzy juga ada mengambil gambar sebotol Champaign dengan perkataan ‘Rose’ yang kelihatan.

‘Posting’ tersebut menulis lagi, “Jika mereka lelaki dan perempuan, pasti ada khabar angin dating dan akan menjadi kekecohan. Semua ini dikatakan kebetulan.

Mereka tidak berkawan… Inilah sebab anda tidak boleh mempercayai sebarang khabar angin dating yang secara rawak ini.”

Netizen juga bersetuju dan mengulas, “Ini agak lucu, saya ketawa pada gambar terakhir,” “Saya harap mereka berdua akan bertemu dan menjadi kawan,” dan “Ini agak menarik.”

Sumber: [1]

 

Previous articleJihyo TWICE Terkejut Sebaik Sahaja Tahu Berita Tentang Maknae NMIXX, Kyujin Ini
Next articleWalaupun Sudah Berusia 35 Tahun, Taecyeon 2PM Gembira Dapat Wang Belanja Dari Ibu Bapa