Home Entertainment Jihyo TWICE Terkejut Sebaik Sahaja Tahu Berita Tentang Maknae NMIXX, Kyujin Ini

Jihyo TWICE Terkejut Sebaik Sahaja Tahu Berita Tentang Maknae NMIXX, Kyujin Ini

0

Jika anda peminat TWICE, anda mungkin tahu bahawa ketua TWICE, Jihyo, telah menyertai JYP Entertainment pada usia yang sangat muda.

Dia telah menjadi pelatih di JYP Entertainment sejak Julai 2005. ini bermakna dia baru berusia 8 tahun ketika menyertai syarikat itu!

Screenshot 2022 03 24 165126

unnamed 11

Selepas 10 tahun menjalani latihan, akhirnya Jihyo debut bersama TWICE pada tahun 2015. Ketika itu Jihyo berusia 18 tahun.

Sehinggalah malam tadi, ketua TWICE itu telah menemui satu informasi yang mengejutkan tentang maknae (ahli termuda) NMIXX iaitu Kyujin.

unnamed 2 1

Jihyo kemudian terus bercerita kepada peminatnya di Bubble, tentang usia Kyujin dan umurnya ketika menyertai JYP Entertainment.

Kyujin yang kini berusia 15 tahun, dikategorikan sebagai seseorang yang agak muda debut sebagai idola K-Pop.

Namun, apa yang mengejutkan ialah dia dilahirkan pada 26 Mei 2006 — hampir setahun penuh selepas Jihyo menyertai JYP Entertainment.

unnamed 3 1

Jihyo: Tadi saya ada terdengar sesuatu yang mengejutkan

JH: Maknae NMIXX… Dilahirkan selepas saya memasuki syarikat…?

JH: Eyy

JH: Ini sebab saya masuk syarikat di usia yang sangat muda kan??

JH: Saya terkejut betapa mudanya dia

1648061472 untitled 1

Walaupun jarak umur mereka hanya kira-kira 9 tahun, adalah sangat unik untuk berfikir bahawa Jihyo sudah berlatih untuk menjadi seorang idola sebelum Kyujin dilahirkan ke dunia lagi!

Sumber: [1]