Pernahkah perut anda berlagu keroncong atau K-Pop apabila tengok sandwic telur kegemaran Uju dalam drama Korea Hospital Playlist?

Sandwich tersebut boleh didapati Egg Drop, sebuah kedai di Korea tempat di mana Ik Jun dan Uju habiskan masa bersama.

Seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai @Elyani Falihah telah berkongsi cara-cara untuk membuat tiga jenis sandwich telur tersebut dalam videonya di bawah:

Resepi Egg Drop Sandwich

Bahan-bahan:

• Sebuku roti yang belum dipotong
• 2 sudu besar mayonnaise
• 3 sudu besar sos sriracha (atau boleh guna sos cili)
• 1 sudu susu pekat
• 1 @ 2 kepingan keju
• 1 keping ayam nipis dibelah dua
• sedikit sos teriyaki
• sebiji telur
• 40 mL susu segar
• Sedikit garam
• Daun parsley (optional)
• Beef bacon (saya check ada di Tesco dan Shopee)
• Beef slice

1. Potong buku roti ikut ketebalan yang dikehendaki. Kemudian potong separuh tapi jangan sampai putus.
2. Gaul rata mayonnaise, sos sriracha dan susu pekat dan ketepikan sekejap.
3. Cairkan mentega dan bakar roti kedua-dua belah.
4. Bakar kepingan ayam, beef bacon dan beef slice gaul sos teriyaki.
6. Pecahkan telur, susu dan garam. Gaul sikit je atas kuali dengan api perlahan supaya gebu.
7. Sapu sos sriracha pada roti bakar.
8. Letak dan susun kepingan ayam, beef bacon, beef slice bersama kepingan keju dan telur di atas setiap belahan roti.
9. Boleh hias dengan dekorasi mayonnaise, egg mayo atau daun parsley mengikut cita rasa.

@elyanifalihah

I haven’t watch Season 2 yet. Kasi settle semua episode baru tengok #hospitalplaylist #eggdropsandwich #breakfast

♬ original sound – Elyani Falihah – Elyani Falihah

Previous articleSepuluh Tahun Ambil Masa Untuk Rancang Siri Netflix ‘Squid Game’
Next articleBangunan Misteri Ini Selalu Muncul Dalam Drama, Movie Dan Video Muzik K-Pop