Home Kdrama/Kmovie Sepuluh Tahun Ambil Masa Untuk Rancang Siri Netflix ‘Squid Game’

Sepuluh Tahun Ambil Masa Untuk Rancang Siri Netflix ‘Squid Game’

0

“Squid Game” adalah siri terbaru Netflix mengenai permainan survival misteri dengan ganjaran bernilai 45.6 bilion won (sekitar RM 168 juta).

Lee Jung Jae dan Park Hae Soo berperanan sebagai dua teman masa kecil yang akhirnya menyertai permainan ini – hanya untuk mengetahui bahawa ada banyak perkara yang dipertaruhkan lebih daripada nilai wang.

Poster utama ini menunjukkan kepentingan permainan dan akibat yang menakutkan sekiranya seseorang itu gagal. Sebilangan besar peserta yang mengenakan pakaian olahraga hijau, menatap gelembung kaca bening yang penuh dengan hadiah wang, menandakan motivasi utama untuk menyertai permainan ini.

squid game

Tetapi kumpulan di pusat itu, termasuk Park Hae Soo dan Lee Jung Jae, menatap kamera, menunjukkan bahawa motivasi utama mereka adalah untuk melepaskan diri daripada permainan kematian tersebut.

Di belakang mereka terdapat pengawal bertopeng dengan sut merah, bersama senjata dan menyekat pelarian peserta. Ini adalah mereka yang menjalankan permainan dan menguruskan peserta, tetapi sosok berjubah topeng perak adalah wajah sebenar yang tidak diketahui di sebalik permainan.

Kapsyen poster berbunyi, “45.6 bilion won merosakkan ‘sense of childhood innocence’ dalam diri orang dewasa.

Pengarah “Squid Game,” Hwang Dong Hyuk menyatakan pertama kali beliau mendapat idea itu pada tahun 2008 semasa ralit membaca buku komik tentang sekumpulan manusia yang telah jatuh ke dalam permainan ekstrem.

Beliau berkata, “Saya ingin membuat drama survival yang terpaling Korea.”

Acara dalam “Squid Game” ini diinspirasikan daripada permainan kanak-kanak di Korea. Cuma dalam drama ini twist sikit dengan sentuhan maut.

“Saya ingin mewujudkan hubungan antara permainan nostalgia yang kami mainkan pada zaman kanak-kanak dulu dengan rasa persaingan yang tidak pernah berkesudahan yang dirasakan oleh orang dewasa moden,” kata Dong Hyuk.

“Terdapat satu ironi dalam ingatan kita di mana perkara paling indah dan innocence telah berubah menjadi realiti yang paling mengerikan.”

Menerusi Netflix, Hwang Dong Hyuk akhirnya dapat menghidupkan ideanya setelah 10 tahun merancang.

“Ini adalah projek yang mencabar, jadi saya memperoleh kebebasan fizikal dan psikologi [melalui Netflix],” katanya.

Ini adalah kali pertama pengarah tersebut berkarya dalam series, bukan filem di mana beliau lebih bebas untuk mengatur panjang cerita, kandungan dan pembinaan dunia set lakonan.

Tayangan perdana “Squid Game” di Netflix pada 17 September.

Sumber: Soompi