Home K - Pop Kumpulan SOLIA Bubar Selepas 5 Hari Debut

Kumpulan SOLIA Bubar Selepas 5 Hari Debut

0

Kumpulan baru wanita, SOLIA telah mengumumkan pembubaran mereka selepas lima hari debut rasmi mereka.

SOLIA adalah kumpulan yang terdiri daripada lima anggota yang menghasilkan album sulung mereka “DREAM” pada 17 Ogos lalu.

Walaupun kumpulan berkenaan mempromosikan diri melalui akaun Instagram mereka sejak 16 Jun, kumpulan ini aktif secara rasmi setelah debut yang berlangsung hanya selama lima hari.

Agensi mereka, Space Music Entertainment berkongsi pengumuman berikut pada 22 Ogos:

Helo, ini SOLIA. Kami minta maaf kerana mengejutkan anda dengan berita sedih ini.

Oleh kerana terdapat beberapa rintangan, syarikat ini tidak lagi dapat meneruskan SOLIA, jadi kami terpaksa ‘bungkus ikat tepi’ segala kegiatan kami selepas melakukan perbincangan panjang dengan syarikat tersebut.

Masanya sangat singkat, tetapi kami ingin mengucapkan terima kasih dan maaf kepada peminat yang menyokong dan menyayangi kami semasa tempoh itu.

Sekiranya anda ingin tahu mengenai aktiviti atau kehidupan seharian kami, sila ikuti akaun Instagram personal. Sekali lagi, kami minta maaf kepada para peminat.

Bekas anggota SOLIA, Soree menulis di Instagramnya, “Walaupun saya sedih dengan masa singkat kami bersama, saya tetap senang hati sebab dapat mempromosikannya, terima kasih kepada rakan sekumpulan dan peminat kami yang memberi semangat kepada kami. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan memberi perhatian walaupun saya serba kekurangan! Walaupun momen saya telah berakhir sebagai Soree SOLIA, mohon terus menyokong saya pada masa akan datang!”

Sun-A (Sunyoung) turut berkongsi, “Walaupun masa yang saya habiskan sebagai Sun-A SOLIA tidak lama, saya bersyukur kerana saya dapat banyak kasih sayang. Saya turut menerima banyak DM daripada peminat antarabangsa. Saya membaca semuanya. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun kami sudah ‘bungkus’, tolong dengarkan “DREAM” SOLIA banyak-banyak dan berikannya cinta. Saya akan aktif di Instagram mulai sekarang jadi harap melihat perkembangan saya di sini.”

Dalam story Instagram, Eunbi menulis dalam bahasa Inggeris, “Thank you and I’m sorry. I love you so much.”

Hayeon (Juyeon) pula berkongsi, “Malangnya, apa pun saya berterima kasih kepada semua insan yang telah memberi semangat kepada kami. Ini berlaku kerana beberapa konflik dalaman, jadi saya harap anda tidak terlalu sedih mengenainya. Saya memeriksa semua DM daripada peminat yang memberitahu saya bahawa mereka akan sentiasa menyokong saya, jadi jangan risau.”

Sumber: Soompi