Home Entertainment Bangunan Misteri Ini Selalu Muncul Dalam Drama, Movie Dan Video Muzik K-Pop

Bangunan Misteri Ini Selalu Muncul Dalam Drama, Movie Dan Video Muzik K-Pop

0

Perasan tak, bangunan ini selalu jadi latar tempat dalam pelbagai video muzik, K-Drama dan movie? Namun di manakah terletaknya bangunan terbengkalai ini?

unnamed 1 1

Rupa-rupanya bangunan lama ini merupakan sebuah kampus universiti, Gimcheon Campus of Korea Health University. Berdiri teguh sejak tahun 1999, namun kini hanya tinggal nama apabila ia terabai selama 20 tahun.

Pembinaannya terpaksa dihentikan kerana krisis kewangan teruk yang pernah melanda negara pada ketika itu dan tidak memungkinkan kerajaan untuk memberi dana kepada pusat pengajian tersebut.

Kini, bangunan itu ditutup kepada orang awam sejak tahun 2009 kecuali kepada para pengkarya sebagai lokasi penggambaran. Keadaan bangunan ini selalu diperiksa atas faktor keselamatan.

unnamed 2

Berikut penggambaran K-Drama, video muzik dan filem yang pernah dijalankan di sini:

K-Drama

• You Are My Spring – Episod 1
• Vincenzo- Episod 10
• L.U.C.A: The Beginning/LUCA- Episod 1
• Hotel Del Luna- Episod 4 & 11

Video Muzik

• Oneus: To Be Or Not To Be (2020)
• Victon; Mayday (2020)
• Soya: Mini Album ‘Artist’ (2018)
• Minseo: Zero (2018)
• Stray Kids: Hellevator (2017)
• LOONA/Kim Lip: Eclipse (2017)
• VIXX: The Closer Official (2016)

Filem

• P1H: The Beginning of a New World (2020)
• Illang: The Wolf Brigade (2018)

 

Sumber: Koreaboo, Koreandramaland