Kumpulan BLACKPINK diangkat sebagai duta jenama Adidas bukan lagi rahsia. Mutakhir ini anggota kumpulan tersebut kelihatan sering terlibat dalam kempen jenama itu dengan visual yang mempesona.

Jenama itu memang berhasil menarik perhatian ramai peminat BLACKPINK namun kali ini dengan cara yang agak panas kerana dakwaan mengecualikan Jisoo daripada gambar promosi mereka secara individu.

Baru-baru ini peminat berkongsi gambar pelbagai iklan Adidas dan menyuarakan kemarahan mereka kerana Jisoo tiada gambar sendiri manakala ahli lain ada.

Setelah melihat gambar itu, peminat up lagi gambar-gambar yang mengecualikan Jisoo daripada jenama mereka, termasuk laman web, video, dan pemasaran.

https://twitter.com/keun_snsn03/status/1430435534418026497

Ramai peminat marah sebab Jisoo gigih mempromosikan jenama itu di media sosial dan pakaiannya yang ditaja. Contohnya sepasang kasut yang dipakai Jisoo habis dijual di Singapura di kedai dan dalam talian setelah dia memakainya.

Lantaran itu, frasa “ADIDAS RESPECT JISOO” menjadi trending di Twitter peringkat antarabangsa, dengan lebih dari 100,000 tweet daripada peminat global yang menyuarakan pendapat mereka mengenai perkara itu.

Sumber: Koreaboo

Previous articleBangunan Misteri Ini Selalu Muncul Dalam Drama, Movie Dan Video Muzik K-Pop
Next article15 Idea Untuk Bagi Hadiah Kepada Wanita Tersayang Yang Minat Korea