Home Entertainment Uhm Jung Hwa Mendedahkan 1 Rahsia “Ending” Doctor Cha

Uhm Jung Hwa Mendedahkan 1 Rahsia “Ending” Doctor Cha

0

Uhm Jung Hwa mendedahkan 1 rahsia tentang episod akhir Kdrama Doctor Cha!!

Memetik dari media Allkpop pada 20 Mei baharu ini, Uhm Jung Hwa membuat penampilan sebagai tetamu jemputan di Bilik Berita JTBC dan mengadakan temu bual pendek.

Uhm Jung Hwa yang membintangi watak utama dalam Kdrama Doctor Cha membuka mulut dengan mengatakan dia sangat berterima kasih atas ulasan positif dan populariti rancangannya.

Uhm jung hwa

 

Baca Lagi: 9 Kdrama Menghiburkan Sama Seperti “Dr Cha”

‘Doctor Cha’ ialah drama bersiri hujung minggu baharu JTBC yang mengandungi 16 episod. Episod ke-10 rancangan itu mencapai rating penonton sebanyak 17.958% dalam kalangan isi rumah di seluruh negara di Korea Selatan.

Uhm Jung-hwa menjawab sebab ramai penonton menyukai rancangan itu kerana mereka boleh bersimpati dengan perkembangan peribadi dan kerjaya Doktor Cha. Dia juga berkata dia bersimpati dengan watak utama kerana dia mendapat lebih sedikit tawaran apabila dia semakin tua.

Baca Juga: Doctor Cha Meraih Rating No 1 Dalam Sejarah JTBC

Apabila ditanya oleh hos rancangan temubual itu tentang episod akhir Kdrama Doctor Cha, “Sekarang anda tahu kesudahan drama siri itu, adakah anda berpuas hati dengan keputusan Cha Jung Sook?” Uhm Jung Hwa kemudian menjawab, “Saya sangat menyukainya!

Sementara itu, ‘Doktor Cha’ berkisar tentang kehidupan Cha Jung Sook, yang beralih daripada menjadi suri rumah yang setia selama 20 tahun kepada menjadi doktor pelatih tahun pertama dan mengharungi cabaran kehidupan yang penuh pancaroba.

Salah sebuah plot yang diangkat dalam drama siri Doctor Cha adalah kisah mengenai kecurangan. Kisah kecurangan ini terjadi antara Seo In Ho (Kim Byung-chul) suami Doctor Cha dan Choi Seung Hi (Myung Se Bin).

Uhm Jung Hwa

Sebenarnya mereka berdua adalah bekas kekasih, dan kembali bertemu setelah Seo In Ho berkahwin dengan Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa).

Kecurangan bukan perkara yang main-main dan sikap tidak bertanggung jawab ini sememangnya akan melukai hati banyak pihak. Begitulah juga natijah yang terpaksa dihadapi oleh insan-insan lain akibat kecurangan yang dilakukan oleh Seo In Ho dan Choi Seung Hi dalam Kdrama Doctor Cha.

Uhm jung hwa

Lagi pula Seo In Ho sudah mendirikan rumah tangga, tentu dia sangat menyakiti perasaan keluarganya. Bermula dari isterinya sendiri hinggalah pihak mertuanya, mereka semua pasti sangat terluka dan rasa amat disakiti.

Kwak Ae Sim (Park Jun Keum) yang merupakan ibu kepada Seo In Ho dan mertua Cha Jeong Suk. Mengetahui kisah curang anaknya, Kwak Ae Sim begitu marah sekali. Dia bahkan menyalahkan dirinya sendiri kerana telah salah dalam mendidik anak. Walaupun Kwak Ae Sim dianggap sebagai mertua cerewet buat Cha Jeong Suk, tapi dia sangat menyayangi menantunya itu.

Kelakuan curang adalah satu perkara yang boleh menyakiti banyak pihak. Curang adalah tindakan yang merupakan dosa besar dalam perkahwinan.

Setiap pasangan perlu sentiasa setia dan melengkapi antara satu sama lain. Tidak perlu ada orang ketiga supaya kehidupan berumah tangga dapat dijalani dengan harmoni dan bahagia.

Ketika memerlukan penderma hati, suami yang menjadi satu-satunya harapan telah dipaksa untuk menolak melakukannya.

Sudahlah isterinya sedang sakit tenat, suami yang tidak bertanggung jawab Seo In Ho (Kim Byung Chul) sanggup berlaku curang dengan bekas teman wanitanya sewaktu zaman belajar dahulu dan lebih parah mereka berdua mempunyai anak di luar nikah hasil hubungan terlarang mereka.

Walaupun dugaannya sungguh berat, Doctor Cha Jeong Suk mempunyai sikap yang sungguh positif. Dia adalah seorang wanita yang sungguh kuat semangat. Tidak hairanlah jika dia mendapat banyak kebaikan di tengah-tengah masalah yang sedang melanda dirinya.

Kdrama Doctor Cha ini disiarkan setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 11.00 malam waktu Malaysia menawarkan penonton jalan cerita yang menawan dan penuh emosi.

Baca Lagi: Uhm Jung Hwa – 10 Cerita Yang Dibintanginya

Sementara menunggu episod baharu minggu ini, jom kita lihat wawancara penuh Uhm Jung Hwa dalam video di bawah.

Baca Lagi: Kenali Park Joon Geum, Ibu Mertua Toksik Dalam Doctor Cha

Baca Juga: 8 usaha Doctor Cha mempertahankan perkahwinannya