Home News Kenali Park Joon Geum, Ibu Mertua Toksik Dalam Doctor Cha

Kenali Park Joon Geum, Ibu Mertua Toksik Dalam Doctor Cha

0

Nama Park Joon Geum kembali dibualkan oleh peminat Kdrama setelah pelakon veteran ini turut membintangi drama siri Doctor Cha.

Watak ibu mertua toksik yang mementingkan diri sendiri dan selalu mengambil kesempatan ke atas menantunya, tetapi dalam masa yang sama tidak setuju anaknya curang dan menduakan menantunya.

IMG 8169

Ternyata, Park Joon Geum memang dikenali sebagai seorang pelakon pakar untuk watak ibu yang toksik ataupun emak-emak menyakitkan hati.

Jom kita kenali lebih dekat dengan pelakon yang membawa watak sebagai ibu mertua Doctor Cha ini:

Park Joon Geum1. Biodata ringkas
● Nama asal: Park Joon Geum
● Nama pentas: Joongeum
● Tempat lahir: Chuncheon, Korea Selatan
● Tarikh lahir: 29 Julai 1962
● Umur: 61 tahun
● Tinggi: 164 cm
● Pendidikan: Kyung Hee University

f7b0f2fe 14fe 4440 9f36 4a2e2f233b39

2. Perjalanan karier
Park Joon Geum memulakan kariernya dalam dunia hiburan sejak tahun 1985. Waktu itu, dia membintangi filem Korea yang berjudul The Day Love Begins. Namanya semakin dikenali saat dipilih untuk berlakon dalam drama High Kick. Dalam drama tersebut, dia bergandingan dengan dengan para pelakon terkenal seperti Kim Bum, Park Min Young, dan ramai lagi.

Tidak lama kemudian, pelakon ini dipilih lagi untuk membintangi drama Secret Garden bersama dengan Hyun Bin dan Ha Ji Won. Hasil lakonannya yang ikonik, populariti Park Joon Geum makin melonjak waktu itu.

Pelakon ini berjaya muncul dalam pelbagai drama siri terkenal seperti Three Sisters, Sponsor, Descendants of the Sun, While You Were Sleeping, dan banyak lagi drama siri popular lain. Paling terbaru, Park Joon Geum kembali menghiburkan penonton dalam drama popular, Doctor Cha.

892ee18f e4cc 4470 b776 c9017851d9c13. Filem dan Kdrama lakonan Park Joon Geum
Terjun ke dunia lakonan sejak tahun 1985 membuatkan nama Park Joon Geum kerap muncul dalam senarai pelakon untuk pelbagai filem dan drama siri Korea terkenal. Berikut ini merupakan senarai karya-karya lakonan Joon Geum yang wajib anda tonton!

● The Day When Love Begins
● Seven Generations
● Lifting King Kong
● A Dream Comes True
● Doctor Cha
● Sponsor
● Be My Dream Family
● Wind, Clouds, and Rain
● Mystery Queen
● Laurel Tree Tailors
● Start Again
● Memory
● Descendants of the Sun
● I Order You
● Mask
● Divorce Lawyer in Love
● Two Mothers
● Emergency Couple
● Heirs
● The King of Dramas
● Standby
● Rooftop Prince
● Oh My God
● Ojakgyo Brothers
● While You Were Sleeping
● Secret Garden
● Three Sisters
● Sharp 3
● Love and Ambition

736001eb 4ce3 4b7c 8c91 642e4e6fffe3

4.Pencapaian
Mengingati banyaknya filem dan drama siri popular yang dibintanginya, tidak hairanlah jika pelakon ini berjaya membawa pulang beberapa trofi berprestij, di antaranya:

● Winner Excellence Award, Actress in a Soap Opera, My Healing Love
● Winner Best Variety Entertainer Award, Best Variety Entertainer Award

2dc07e37 8ec4 4a83 a46f f77b14b3ccc65. Fakta menarik
Park Joon Geum dan watak antagonis memang sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan dalam dunia drama siri Korea Selatan. Pelakon veteran ini selalu ditawarkan untuk membawa watak sebagai ibu yang toksik atau orang tua yang jahat. Oleh kerana lakonannya yang sangat berkesan, dia turut dilabel sebagai ‘evil mom’ oleh para netizen.

Namun, di sebalik watak antagonisnya, Park Joon Geum dikenali mempunyai peribadi yang ramah dan sangat lemah lembut. Dalam vlognya, dia terlihat sangat murah dengan senyuman dan ramah kepada semua pekerjanya.

Nampaknya dia hanya bersifat toksik dalam dunia lakonannya sahaja!

1ebe4bed d455 4bf7 9df9 ba2acd1f8449Pada tahun 2021, vlog Park Joon Geum pernah memberi kejutan yang bukan kepalang buat para netizen. Netizen terkejut kerana di dalam vlog tersebut, Joon Geum telah berkongsi hiasan dan isi rumahnya yang sangat mewah.

Sangat jarang selebriti Korea Selatan berkongsi perara peribadi seperti ini kepada umum. Rupa-rupanya salah satu set sofa di kediaman pelakon popular ini harganya mencapai puluhan juta won!

Walaupun sudah berusia 61 tahun, namun pelakon ini selalu tampil moden. Lihat saja penampilannya dalam drama siri Doctor Cha, di mana Park Joon Geum melakonkan watak sebagai seorang ibu mertua sosialis yang berpenampilannya sentiasa segar, menawan dan bergaya seperti anak muda.

Beg tangan dan keretanya juga selalu berbeza-beza!

IMG 8170

Untuk pengetahuan semua, Park Joon Geum sememangnya seorang wanita yang kaya raya di dunia nyata. Mendiang bapanya adalah seorang usahawan berjaya di Korea Selatan. Selepas bapanya meninggal dunia, Park Joon Geum yang merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik perempuan mewarisi harta bapanya yang diwasiatkan untuk mereka bertiga.

IMG 8171

Pelakon ini mengakui dia dan adik beradiknya memang sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah sejak mereka kecil lagi!

Baca Lagi: 7 Watak Antagonis Kdrama Yang Selalu ‘Play Victim’

Baca Juga: Doctor Cha Episod 11 & 12 Semakin Rancak