Home Entertainment 6 Superhero Marvel Yang Paling Kelakar

6 Superhero Marvel Yang Paling Kelakar

0

6 superhero Marvel yang paling kelakar! Siapakah mereka?

Siapa kata jadi superhero perlu sentiasa nampak berwibawa dan berkarismatik sahaja? Walaupun superhero mempunyai tanggung jawab yang berat, tetapi tidak membuatkan mereka ini kehilangan sisi lucu dan menyenangkan dalam hidup mereka.

Beberapa watak superhero marvel ini sering kali muncul dengan gaya dan sifat yang lucu, di tengah kekacauan dan sedang bertugas, mereka masih berjaya menghiburkan para penonton dengan keletah lucu mereka sehingga membuatkan jalan cerita lebih berwarna-warni.

Jom sama-sama kita lihat 6 senarai watak superhero Marvel ini yang memang dikenali paling kelakar dengan lawak mereka yang bersahaja:

1. Star-Lord

Superhero marvelStar-Lord boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang gila-gila dan penuh lawak jenaka di luar angkasa dibandingkan sebagai seorang superhero marvel. Karakter utama filem Guardian of Galaxy (2014) ini adalah pemuda yang suka berjenaka dan banyak akal untuk mengenakan orang lain. Dalam situasi genting Star-Lord masih lagi boleh bersahaja dengan lawak santai dan menghilangkan suasana panik.

Salah satu watak yang selalu menimbulkan suasana ceria dalam filem Guardian of the Galaxy, wataknya sangat menarik dan penampilan Chris Pratt sebagai Star-Lord memang disukai ramai. Mungkin Star-Lord tidak mempunyai karisma seperti Captain America dan kewibawaan seperti Black Panther, tetapi filem yang dibawanya selalu mendapat rating positif.

2. Spider-Man

Superhero marvelSatu ciri khas Spider-Man yang sempat kurang ditampilkan di dua franchise, yakni trilogi Spider-Man Sam Raimi dan Spider-Man versi Sony, adalah bagaimana cerewetnya dia dalam beraksi menumpas kejahatan. Spider-Man memang punya kebiasaan melawak dan mengejek musuhnya. Hal tersebut bahkan jadi strategi yang membuat musuhnya terprovokasi saking jengkelnya.

MCU akhirnya menghidupkan sosok Spider-Man yang akurat dari komik lewat film Spider-Man: Homecoming (2016). Dari filem tersebut, akhirnya menghasilkan dua sekuel yang tak kalah bagusnya.

3. Iron Man

df23b3bb 5b62 4a72 8064 ff32ec6e2e79Tony Stark adalah raja segala sarkastik. Selera humor dan komedi yang selalu menjadi ciri khasnya dalam Iron Man (2008) dan penampilan terakhirnya di Avengers: Endgame (2019) selalu mengundang tawa. Sifatnya yang sombong dan kadang kala menyakitkan hati mencerminkan posisinya sebagai orang kaya muda yang mempunyai segalanya.

Walaupun suka bergurau pada waktu yang tidak tepat, namun tingkah laku Tony selalu menghiburkan. Tony Stark adalah pemimpin Avengers yang selalu mampu menjaga pasukannya walaupun dia selalu muncul dengan perangai gila-gila.

4. Drax The Destroyer

ed4bd830 5aa4 4f44 b13f cfe921e850f3

Drax the Destroyer yang dilakonkan oleh Dave Bautista ini sudah menjadi perhatian sejak filem pertamanya di Guardian of the Galaxy (2014). Sebenarnya, pasukan Guardian of the Galaxy memang diisi oleh watak-watak lawak semuanya, seperti Star-Lord, Rocket, dan Groot.

Namun, Drax menjadi salah satu watak yang paling lucu kerana tingkah lakunya. Drax juga sangat short-minded (berfikiran singkat) dan selalu tidak boleh membaca situasi, sehingga menyebabkan munculnya adegan-adegan kelakar dan menghiburkan.

5. Thor

077fac67 ca05 4b95 9b05 a9935a31b63aThor pada awal kemunculannya dalam filem Thor (2011) memanglah seorang superhero yang serius dan penuh karismatik. Namun, seiring berjalanya waktu, sifat Thor berubah, mungkin kerana sering bergaul dengan Avengers dan orang-orang bumi yang tidak keras dan kaku seperti bangsa Asgard.

Perangai lucunya semakin menjadi-jadi setelah bergabung dengan pasukan Guardian of the Galaxy dalam filem Thor: Love and Thunder (2022), Thor dianggap pak lawak yang selalu memicu babak komedi. Karisma dan kegagahan yang dibawanya berganti dengan banyak babak komedi.

6. Ant-Man

dbb6e499 3eaa 4ead bf1e 55f043e49a33Scott Lang adalah Ant-Man generasi kedua yang mewarisi persalinan perisai super dan Pym Particle dari Hank Pym. Dalam filem Ant-Man (2015), Scott terpaksa menjadi pencuri untuk menanggung anak perempuannya. Namun, kepintarannya dan kepandaiannya memecah dan menyusup ke dalam rumah diminati oleh Hank Pym, sehingga Hank menawarkan Scott pekerjaan sebagai Ant-Man.

Walaupun seorang penjenayah, Scott adalah pemuda yang penuh jenaka, suasana lebih ceria apabila dia bertemu dengan anak perempuannya. Scott mempunyai sisi lawak yang menarik lebih-lebih lagi apabila sudah bersama dengan tiga rakan pencurinya, iaitu Luis, Dave, dan Kurt. Sama seperti Spider-Man, Scott selalu main-main dalam aksinya yang membuatkan musuhnya selalu sakit hati.

Antara semua 6 superhero Marvel yang pandai melawak dan tersenarai di atas, superhero manakah yang paling lucu bagi anda?

Baca Lagi: 7 Filem Superman Dari Paling Teruk Hingga Terbaik

Baca Juga: 10 Pelakon Superman Dari Yang Paling Teruk Hingga Terbaik