Home News Top 3 Drama Thai Yang Anda Patut Tonton

Top 3 Drama Thai Yang Anda Patut Tonton

0

Selama ni asyik dengar pasal Kdrama je kan? Rupanya banyak jugak drama menarik dari negara lain dan kalini nak cerita pasal drama Thailand yang menduduki ranking tertinggi di platform Viu.

My Friend The Enemy 

Drama sebanyak 16 episod ini dibintangi oleh Patricia Tanchanok Good, Pon Nawasch Phupantachsee, Mo Monchanok Saengchaipiangpen & God Itthipat Thanit.

Ia mengisahkan tentang empat orang peguam di sebuah firma yang bernama G-Lawyer. Nick,Wan & Beam diberi tempoh satu bulan sahaja untuk percubaan kerana hanya tiga orang sahaja yang akan diterima untuk bekerja.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini?

Be7gA 4f

My Romance from Far Away

Drama ini mengisahkan tentang Khun-Khao, seorang pemilik ladang kopi di bahagian Utara, membesarkan anak saudara nya, Tawan, yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan. Hidup mereka telah menjadi kucar-kacor setelah ibu saudara Tawan (adik kepada ayah Tawan)- Thor-fah, seorang ahli perniagaan terkenal di Bangkok, membuat pertemuan dengan Khun-khao untuk berbincang mengenai ladang kopi, tetapi niat sebenarnya adalah ingin memenangi semula hati Tawan dan merampas hak penjagaan.

Selepas Khun-khao mendapat tahu niat jahat nya, pelbagai drama telah terjadi, tetapi setelah itu baru di sedar bahawa dia telah jatuh cinta kepada nya..

Apakah kesudahan cerita ini?

RvYOo 4f

Husband in Disguise 

Kisah ini menceritakan tentang seorang doktor, Satawat (Mai Warit Sirisantana) yang bertekad untuk berkahwin secara tipu bagi membayar hutang.

Dia telah berkahwin dengan Anutsaniya (Kwan Usamanee Vaithayanon), perempuan yang cantik yang ingin berhenti daripada berhubungan dengan pakcik mertuanya.

Kedua-dua berkahwin atas kepentingan masing-masing. Setelah itu Satawat telah mencintai Anutsaniya secara diam-diam.

Bagaimanakan kesudahan cerita ini?

Saksikan ketiga-tiga drama Thailand ini hanya di platfrom Viu.

husband in disguise