Home Kdrama/Kmovie Apa Yang Menarik Tentang 4 Drama Korea Ini Sehingga Mendapat ‘Rating‘ Yang...

Apa Yang Menarik Tentang 4 Drama Korea Ini Sehingga Mendapat ‘Rating‘ Yang Tinggi?

0

Apa yang menjadikan sebuah K-drama itu best dan bagus? Pelakon yang hebat, lakonan berkualiti, nilai produksi yang tinggi dan yang lebih penting, jalan cerita yang mengasyikkan yang menarik minat anda.

Terdapat banyak K-Drama yang telah ditayangkan sepanjang tahun 2022 ini. Berikut ialah 4 K-drama dengan penilaian tertinggi pada tahun 2022 setakat ini.

Again My life

Screenshot 2022 04 14 115218

Again My Life” diadaptasi daripada novel tulisan Lee Hae-nal yang turut menerima respon yang baik sebagai webtoon.

Ianya membawa kisah tentang Kim Hee-woo (Lee Joon-gi), seorang pelajar sekolah menengah yang gred akademiknya agak teruk. Melalui kerja keras, Kim Hee-woo berjaya memasuki universiti dan akhirnya lulus peperiksaan peguam.

Dia mula mengalami masalah apabila dia berhadapan dengan kejahatan yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan nyawanya.

Namun, sesuatu yang aneh telah berlaku dan dia telah diberi kesempatan untuk hidup semula demi menegakkan keadilan.

Sh**ting Stars

nonton streaming download drakorindo shooting stars sub indo viu slide banner 800x450 1

“Shooting Stars” membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti.

Kisah romantik komedi ini menceritakan tentang Oh Han-byul (Lee Sung-kyung), ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bekerja dengan Gong Tae-sung (Kim Young-dae), seorang selebriti popular yang juga merupakan musuh ketatnya.

Ramai orang menyayangi Gong Tae Sung kerana senyumannya yang manis dan rupa paras yang kacak. Tetapi sikap manis itu hanya berlaku apabila dia berada di publik. Hakikatnya, bagaimanapun, dia mempunyai sifat panas baran dan mempunyai masa lalu yang gelap.

Oh dan Gong mempunyai hubungan cinta-benci dan sering bertengkar tentang apa sahaja, tetapi hubungan mereka tidak lama kemudian bertukar menjadi romantis.

 

Woori the Virgin

Im Soo Hyang 21 1024x683 1

Drama terbaru Im Soo Hyang “Woori The Virgin” telah mula disiarkan secara rasmi. Jika trend terkini banyak drama diadaptasi daripada Webtoons, drama “Woori The Virgin” ini pula merupakan drama yang diadaptasi daripada siri Amerika Syarikat yang bertajuk “Jane The Virgin”.

Woori The Virgin mengisahkan tentang kehidupan penolong penulis drama Makjang bernama Oh Woo Ri (Im Soo Hyang) yang bertekad untuk menjaga kesuciannya sehingga berkahwin.

Tetapi terdapat kesalahan dalam perubatan yang telah memusnahkan prinsip Oh Woo Ri kerana dia termengandungkan seorang anak lelaki daripada Raphael (Sung Hoon) yang merupakan seorang CEO dari kosmetik berjenama.

Im Soo Hyang 1 1024x683 1

Untuk pengetahuan, Woo Ri sudah mempunyai teman lelaki bernama Lee Gang Jae (Shin Dong Wook) yang bekerja sebagai detektif.

Di dalam drama ini, penonton akan menyaksikan kepayahan Oh Woo Ri dalam memilih di antara teman lelakinya ataupun Raphael (ayah kepada anak yang dikandungnya).

 

From Now On, Showtime!

Screenshot 2022 04 14 115125 1024x580 1

Kalau sebut tajuk Kdrama, From Now On, Showtime, apa yang terlintas di fikiran korang mengenai Kdrama ni?

Kdrama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan tau daripada peminat sebab jalan cerita dia lain dari yang lain. Drama ini ditayangkan secara eksklusif di Viu.

Ia mengisahkan tentang Cha Cha Woong, yang mempunyai kekuatan boleh melihat hantu dan berkomunikasi dengan mereka. Kemudian di dalam cerita ini juga terdapat seorang polis wanita yang bernama Go Seulhae yang dilakonkan oleh Jin Ki Joo.

Mereka berdua telah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah sebelum akhirnya jatuh cinta terhadap satu sama lain.

 

Anda boleh menonton/ muat turun drama-drama Korea ini di Viu

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton kesemua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.

Baca lagi: Ramadhan Raya Kembali Lagi, Ini 5 K-Drama Terbaru Yang Anda Wajib Tonton April Ini

Baca lagi: ‘Dapat Je Skrip Terus Saya Tonton Siri Asal Cerita Ni’, Im Soo Hyang Dedah Punca Sebenar Terima Watak Itu