Home Entertainment “Jennie BLACKPINK Dah Jadi Pelakon?!!!”Netizen Teruja Lihat Jennie Dalam Sebuah Drama

“Jennie BLACKPINK Dah Jadi Pelakon?!!!”Netizen Teruja Lihat Jennie Dalam Sebuah Drama

0

Nampak gayanya artis kesayangan ramai, Jennie Blackpink dah jadi pelakon pulak ya! Pada tanggal 19 Julai, YG Entertainment telah membuat pengumuman bagi pihak Jennie, ‘Jennie telah muncul dalam drama HBO, The Idol’.

blackpink jennie the idol

Diterbitkan oleh penyanyi, Abel ‘The Weeknd’ Tesfaye, The Idol mengisahkan tentang Lily-Rose Depp, Troye Sivan, Tunde Adebimpe dan ramai lagi, bagi mengikuti kisah perjalanan kehidupan artis Hollywood pop star dan penglibatan nya dalam industri muzik. 1658195127 20220718 jennie

Sementara itu, butiran mengenai watak Jennie dalam ‘The Idol’ masih tidak diperincikan. Jennie berkata, ‘Selepas membaca scenario cerita, saya merasakan cerita itu sangat menarik dan saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada cerita ini. Saya berharapa dapat melakukan yang terbaik dan diterima oleh orang ramai.

Sementara itu BLACKPINK dijadualkan untuk comeback semula pada Ogos tahun ini.

Sumber: AllKpop