Home Entertainment “Tolong Jangan Hubungi Saya. Saya Sangat Takut” Taeyong NCT Beri Amaran Kepada...

“Tolong Jangan Hubungi Saya. Saya Sangat Takut” Taeyong NCT Beri Amaran Kepada Sasaeng

68
0

Mereka tidak berhenti menelefonnya semasa dia sedang melakukan ‘live’.

Daripada sasaeng (peminat yang sangat obses) yang menceroboh bas persiaran NCT sehingga menunggu NCT di luar asrama, mereka terus membahayakan keselamatan ahli.

unnamed 1 2

Dan yang terbaharu apabila sasaeng mengganggu ‘Live’ di Instagramnya dengan menelefonnya beberapa kali.

Taeyong yang pada awalnya menjawab soalan peminat dengan ceria telah bertukar wajah kecewa apabila mendapat panggilan yang tidak dikenalinya.

Baca lagi: 10 Bulan Selepas Memfailkan Cerai, Hwang Jung-eum Kembali Bersama Suaminya Dan Selamat Melahirkan Anak Kedua Mereka

Dia kemudian memberitahu peminat apa yang sedang berlaku, Taeyong mendedahkan bahawa dia sering menerima panggilan daripada nombor luar negara yang tidak dikenalinya, terutamanya dari A.S.

Untuk memastikan mesejnya diterima dengan jelas, dia kemudian bertutur dalam Bahasa Inggeris mengatakan bahawa tindakan peminat yang menelefonnya itu sangat menakutkan dan dia juga merayu agar mereka berhenti melakukan perkara itu.

Tolong, jangan hubungi saya. Itu sangat biadap.

Saya sangat takut, jadi tolong jangan hubungi saya jika anda tahu nombor saya. Tolonglah.

– Taeyong

Melihat Taeyong yang begitu kecewa dan takut, telah membuatkan peminatnya turut sedih dan patah hati.

Sungguh malang apabila detik yang sepatutnya menyeronokkan antara Taeyong dan NCTzens telah dirosakkan oleh sasaeng yang tidak ada ‘common sense’.

Sumber: [1]