Home Food Kerana Roti Pokémon, Warga Korea Serbu Pasar Raya Seperti Zombi

Kerana Roti Pokémon, Warga Korea Serbu Pasar Raya Seperti Zombi

0

Belum pun pasar raya dan kedai serbaneka beroperasi, orang ramai di Korea Selatan sudah beratur panjang di luar. Ketika pintu dibuka, mereka bergegas masuk ke rak-rak yang menempatkan roti Pokémon.

“Setiap orang dihadkan mengambil lapan bungkus roti sahaja!” kata-kata staff itu tidak dihiraukan sebaliknya pelanggan terus menggila ambil roti semahu-mahunya.

hg

“Dalam masa seminit, segunung roti dah habis orang borong. Sampai saya tak boleh beli satu pun sebab sedikit terlambat.” kata salah seorang pelanggan menerusi video yang tular di Korea itu.

Roti Pokémon ini sangat popular sehingga kehabisan stok di pasar raya dan kedai-kedai serbaneka kerana ia mengundang nostalgia kanak-kanak era 1990-an. Kebanyakan orang beli roti itu untuk mengumpul stiker karakter Pokémon di dalam bungkusan.

unnamed 2 Copy

Selebriti Korea seperti RM BTS tidak ketinggalan dalam trend ini setelah dia memuat naik gambar-gambar Roti Pokémon yang berjaya dibeli selepas singgah dari satu kedai ke kedai lain menerusi laman Instagram.

unnamed 1 Copy

Semasa ke kedai ke-8 barulah roti-roti itu sampai ke tangannya!

unnamed 10

Seoul Finance melaporkan 1.5 juta unit roti itu terjual dalam masa seminggu. Namun kini pembekalannya terhenti buat sementara sehingga diberitahu kerana syarikat pembuat roti tersebut, SPC Samlip Corporation tidak mampu memenuhi permintaan pasaran atas kapasiti pengeluaran yang terhad.

“Kami beroperasi selama 24 jam sehari untuk membekal produk semaksimum mungkin namun situasinya sukar kerana permintaan terlalu tinggi.” kata pihak pembekal roti.

 

Sumber: [1],[2],[3]