Pelakon Hwang Jung-eum kini akan meneruskan kehidupan bahagia bersama suaminya selepas melahirkan anak kedua mereka.

Agensi Hwang Jung-eum C-Jes Entertainment mengumumkan pada 16 Mac bahawa dia telah melahirkan anak keduanya, sambil menambah, “Kedua-dua ibu dan anak itu kini berada dalam keadaan yang sihat.”

Screenshot 2022 03 20 132338

Sebelum ini, Hwang Jung-eum dan suaminya Lee Young-don dilaporkan telah berpisah pada September tahun lalu.

Agensi pelakon itu berkata, “Hwang Jung-eum memfailkan perceraian,” sambil menambah, “Kami akan cuba untuk membuat proses perceraian berjalan lancar.”

Hwang Jung-eum telah menyiarkan kehidupan harian manisnya bersama suaminya di media sosial sehinggalah tiga bulan sebelum pengumuman perceraiannya.

Artikel Berkaitan: 5 Pelakon Yang Baru Bergelar Ibu Atau Akan Menjadi Ibu Tidak Lama Lagi

allkpop 1634011962 pyh2014102910890031500 p4 1

Atas sebab itu, netizen melahirkan rasa kesal dengan berita perpisahan mereka berdua yang dikatakan secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, selepas 10 bulan, kedua-duanya memutuskan untuk meneruskan hubungan mereka semula.

Agensi Hwang Jung-eum berkata, “Pasangan itu memutuskan untuk meneruskan hubungan mereka semula selepas berbual untuk memahami perbezaan antara satu sama lain semasa proses perceraian berjalan.”

Pelakon itu kemudiannya mengumumkan kehamilan keduanya dan menerima ucapan tahniah daripada peminat.

Screenshot 2022 03 20 132602

Hwang Jung-eum menyampaikan berita kehamilan keduanya selepas bertemu semula dengan suaminya dan menerima ucapan tahniah dan sokongan daripada peminat. Dia juga berkongsi kehidupan hariannya yang bahagia di SNS.

Sumber: [1], [2]

Previous articleJeon Somi Dedah Rahsia Cara Mendapatkan ‘Abs’ Berbentuk 1-1 Walaupun Makan Banyak
Next articleTaeYeon Sahkan Girls Generation Akan Membuat Kemunculan Semula Menandakan Ulang Tahun Ke-15 Mereka