Home Entertainment TaeYeon Sahkan Girls Generation Akan Membuat Kemunculan Semula Menandakan Ulang Tahun Ke-15...

TaeYeon Sahkan Girls Generation Akan Membuat Kemunculan Semula Menandakan Ulang Tahun Ke-15 Mereka

0

Kumpulan gadis terkuat Girls’ Generation (Taeyeon, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, Seohyun) mengumumkan kemunculan semula mereka.

Pada 15 Mac, Taeyeon bertemu dengan peminat melalui acara tandatangan (atas talian) dan bercakap tentang pelbagai perkara.

Taeyeon SNSD 0903221

Pada hari ini, seorang peminat telah berkongsi sebuah videonya bersama dengan Taeyeon di Twitter.

Dalam video itu, peminat memberitahu Taeyeon, “Tahun ini menandakan ulang tahun ke-15 Girls Generation. Bolehkah kita melihat kemunculan semula Girls’ Generation tahun ini?” Taeyeon menjawab, “Saya fikir ia mungkin terjadi.”

Peminat itu berkata dengan gembira, “Betul ke? Saya akan menantikannya.” Taeyeon kemudian menambah, “Sila nantikannya.” Perbualan antara Taeyeon dan peminat tersebar dengan pantas melalui SNS dan komuniti dalam talian.

girls generation holiday night billboard 1548

Netizen yang melihat video tersebut meninggalkan komen seperti “Ini kali pertama Taeyeon berkata sesuatu yang positif seperti itu”, “Saya rasa Girls’ Generation akan membuat kemunculan semula tahun ini”, “Wah, saya tidak sabar untuk melihat Girls’ Generation ”…

Selepas album penuh ke-6 “Holiday Night” dikeluarkan pada Ogos 2017, semua ahli Girls Generation banyak memberi fokus kepada aktiviti masing-masing.

qr5F2bE

Selepas memulakan kerjaya dengan lagu “Into The New World” pada tahun 2007, Girls’ Generation menjadi kumpulan gadis teratas berkat lagu hits seperti “Gee”, “Tell Me Your Wish (Genie)”, “Oh”, “Hoot”, “Mr.Mr.”, “Party”, “Lion Heart” dan “Holiday”.

Sempena meraikan ulang tahun ke 15 Girls Generation, ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan semula mereka.

Sumber: [1]