Home News Tiada ‘Black Panther’ buat masa ini, Tindakan Pengganti Chadwick Buat Ramai Pening...

Tiada ‘Black Panther’ buat masa ini, Tindakan Pengganti Chadwick Buat Ramai Pening Kepala

0

Seperti kita semua sedia maklum, pemergian Chadwick Boseman telah memberi impak yang besar terhadap Marvel. Bukan senang untuk mencari pelakon berbakat seperti nya dan mengganti watak tersebut selaku ‘Black Panther’.

Chadwick Boseman menghembus nafas yang terakhir pada 28 Ogos tahun lalu kerana penyakit kanser.

Selanjutnya, dalam usaha meneruskan arus kesinambungan francais filem ‘Black Panther’, ada juga ura ura Letitia Wright bakal membawa watak Shuri dalam filem tersebut, sekaligus menggantikan Chadwick Boseman sebagai Black Panther baharu.

abc

Bak kata orang ramai:

“Spiderman pun ada lebih daripada 2 orang..”

Namun, usaha kali ini terpaksa dihapuskan gara gara Letitia dilaporkan sah keluar daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) oleh kerana memolak dan tidak mengambil vaksin.

Sebelum ini juga, Letitia difahamkan mengalami kecederaan semasa pengambaran Black Panther 2. Dan penggambaran filem ini terpaksa dilanjutkan sehingga ke 2022 sementara beliau sembuh seperti sedia kala.

Seperti di Malaysia juga, Disney juga sama, mereka meletakkan syarat untuk kesemua kakitangan, kru kru untuk dapatkan vaksin terlebih dahulu, oleh itu Letitia terpaksa keluar daripada francais ini jika tidak mahu menerima vaksin.

Dilaporkan sehingga ke hari ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada Letitia Wright berkenaan isu ini.

Anda mencari saluran menonton K-Drama FREE? 

WhatsApp Image 2021 12 07 at 11.40.20

Sumber: Blacksportonline (BSO)